- Lain-lain
‘Gala Kampung’ Di Dalam Gerabak Kereta Api di Guizhou, Alu-alu Kedatangan TBC 2025
![]() |
Artis etnik minoriti membuat sedang membuat persembahan di dalam kereta api. (Xinuha/Yang Wenbin) |
Sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan perayaan Tahun Baru Cina (TBC) 2025 tidak lama lagi, satu ‘gala kampung’ telah diadakan di dalam kereta api No. 5640 di landasan Guiyang-Yuping pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Xinhua, semasa berlangsungnya ‘gala kampung’ tersebut, adat resam rakyat dan makanan istimewa kumpulan etnik Miao dan Dong telah dipamerkan kepada penumpang di sepanjang perjalanan.
Sepasang ‘kereta api perlahan’ bernombor 5640 dan 5639 tersebut beroperasi di laluan kereta api di Provinsi Guizhou antara Bandar Tongren di Kaunti Autonomi Yuping Dong dan Bandar Guiyang. Ia turut melalui beberapa perbandaran di Kawasan Autonomi Qiangdongnan Miao dan Dong, menghubungkan lebih daripada 100 kampung etnik minoriti di sepanjang laluan.
Gambar-gambar yang diambil dari lensa jurufuto Xinhua bertarikh 18 Januari 2025 ini memaparkan suasana semasa berlangsungnya ‘gala kampung’ tersebut.
![]() |
Seorang ahli kaligrafi sedang menghasilkan satu karya, dengan menulis karakter Cina iaitu ‘Fu’, yang bermaksud ‘tuah’. (Xinhua/Yang Wenbin) |
![]() |
Penduduk kampung menjual barangan di dalam kereta api. (Xinhua/Yang Wenbin) |
![]() |
Seorang pewaris warisan budaya tidak ketara sedang mempamerkan kemahiran guntingan kertas kepada penumpang. (Xinhua/Yang Wenbin) |
![]() |
Penduduk kampung membawa masuk barangan untuk dijadual ke dalam kereta api. (Xinhua/Yang Wenbin) |
![]() |
Seorang penumpang sedang membeli sayur-sayuran di dalam gerabak. (Xinhua/Yu Tianying) |
![]() |
Penduduk kampung membeli barangan di dalam kereta api. (Xinhua/Yang Wenbin) |
![]() |
Penduduk kampung membeli barangan di dalam kereta api. (Xinhua/Yang Wenbin) |
![]() |
Sepasang pasangan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-50 di dalam kereta api. (Xinhua/Long Jianrui) |
![]() |
Penduduk kampung sedang menunggu kereta api di Stensen Kereta Api Liugeji untuk menjual produk masing-masing. (Xinhua/Yang Wenbin) |
![]() |
Foto sudut udara memperlihatkan kereta api No.5640 sedang melalui Kampung Liugeji di Pekan Lushan, Bandar Kaili (Xinhua/Long Jianrui) |
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Suasana TBC Terasa di Puhe Fair yang Bersejarah 300 Tahun
- Suasana Meriah Karnival Tanglung di Zigong, Sichuan
- Di Manakah Suasana TBC Paling Kuat Terasa Di China, Korea Selatan Dan Malaysia?
- Produk Tema Tahun Ular Laris di “Pasar Raya Dunia”
- Sambutan TBC dalam Kereta Api Rentas Sempadan
- Industri Pelancongan Makmur Sempena Sambutan TBC 2025
- TBC 2025: Selamat Datang Pelancong Asing!
- TBC 2025: China Dijangka Rekodkan 9 Bilion Perjalanan ‘Balik Kampung’
- TBC 2025: Suasana Beli-belah Suntik Elemen Kemeriahan di Jiangsu
- “2025 Beijing Lantern Night”: Acara Budaya Mempesonakan di Taman Sungai Wenyu