Mesyuarat Tahunan WEF 2025 Buka Tirai di Davos

(CRI)Selasa 21 Januari 2025

Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 membuka tirainya di Davos, Switzerland pada Isnin dengan tema 'Kerjasama untuk Era Kecerdasan'.

Pengasas WEF Klaus Schwab berkata berdepan dunia yang berpecah dan pembezaan sosial yang semakin meningkat, WEF 2025 diharap dapat memupuk kerjasama global dan optimisme ke arah membentuk era pintar menerusi cara lebih mampan dan inklusif.

WEF kali ini dihadiri hampir 3,000 wakil dari 130 buah negara dan wilayah, termasuk lebih 60 ketua negara dan kerajaan.

Mesyuarat selama lima hari itu akan menyaksikan ratusan sesi sidang dan dialog secara terbuka atau tertutup diadakan bagi membincangkan masalah mendesak yang dihadapi dalam pembangunan sejagat serta pendekatan praktikal untuk mengatasinya.

Video

Berita Berkaitan