- Lain-lain
China, Vietnam Ikrar Perkasa Kerjasama
China sedia terus bersinergi bersama Vietnam untuk mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan mengukuhkan kerjasama saling untung dengan berpandukan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara.
Perkara itu disuarakan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang ketika bertemu Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh sempena Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, Ding turut menyatakan kesediaan China untuk meneruskan jalinan persahabatan dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam supaya mencapai lebih banyak hasil yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Beliau juga sempat menyampaikan salam daripada pemimpin China kepada pemimpin Vietnam.
Sementara itu, Pham Minh Chinh berkata Vietnam bersedia bersama-sama China untuk melaksanakan segala konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, merapatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mempergiat penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelan 'Dua Koridor Satu Lingkaran' dan menjayakan aktiviti sambutan 75 tahun hubungan diplomatik serta Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat Vietnam-China.
Beliau menyatakan pihaknya akan terus menyokong dan menyertai pelbagai inisiatif global dikemukakan Presiden Xi yang membawa manfaat kepada rakyat di seluruh dunia.
Minggu lalu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China Xi Jinping mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) To Lam untuk bertukar-tukar pandangan mengenai usaha menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam secara menyeluruh.
Kedua-dua pemimpin juga bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Vietnam, sekali gus menunjukkan hala tuju perkembangan hubungan bilateral untuk peringkat seterusnya.
Di Manakah Suasana TBC Paling Kuat Terasa Di China, Korea Selatan Dan Malaysia?
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Delegasi Usahawan China Lawat Vietnam
- China, Vietnam Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
- China, Vietnam Komited Pacu Kerjasama Kuasa Produktif Kualiti Baharu
- Aktiviti Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Penetapan Garis Sempadan China-Vietnam
- Mesyuarat Kerjasama China-Vietnam ke-16 di Beijing
- Han Zheng Terima Kunjungan Naib PM Vietnam
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Vietnam
- Usahawan China-Vietnam Diharap Manfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0
- China, Vietnam Ikrar Perkasa Kerjasama
- PM Li Temui Presiden Vietnam