- Lain-lain
Xi Ucap Selamat TBC kepada Rakyat Seluruh Negara
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) kepada rakyat pelbagai etnik di seluruh negara, saudara setanah air di Hong Kong, Makau dan Taiwan, serta perantau China di seberang laut, semasa beliau membuat tinjauan di provinsi Liaoning, baru-baru ini.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China melahirkan harapan agar rakyat China di dalam dan luar negara sihat dan bahagia, negara aman dan makmur pada Tahun Ular yang akan datang.
Presiden Xi mengadakan tinjauan di bandar Huludao, Shenyang dan Benxi dari 22 hingga 24 Jan untuk menziarahi penduduk tempatan serta pegawai di peringkat akar umbi menjelang perayaan TBC.
Setelah mendengar laporan kerja yang dibentangkan oleh Jawatankuasa PKC di provinsi Liaoning dan kerajaan tempatan pada pagi Jumaat, Xi berkata, sistem perindustrian agak lengkap di provinsi Liaoning, dan pelbagai pihak perlu menyelaraskan transformasi dan penaiktarafan industri tradisional dan perkembangan strategik industri baru muncul bagi mempercepat pembentukan sistem perindustrian moden.
Beliau menyifatkan pembaharuan dan keterbukaan sebagai asas bagi pembangunan secara menyeluruh di kawasan Timur Laut China dan konsep pembangunan bersepadu antara kawasan bandar dan luar bandar perlu dipertahankan untuk menggalakkan pembangunan kawasan luar bandar.
Beliau menyatakan, kerajaan pelbagai peringkat perlu memikul tanggungjawab dalam mempromosi keyakinan diri dan kemandirian dalam bidang kebudayaan, sekali gus memacu pembangunan tamadun kerohanian sosialis.
Selain itu, Xi mengingatkan jawatankuasa Parti dan kerajaan pelbagai peringkat supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin keselamatan pengeluaran dan memastikan rakyat meraikan perayaan dalam suasana yang bahagia, selamat dan aman.
- Adat Resam Rakyat Tradisional TBC: Membuat Tauhu
- Pelancongan China Gamit Minat Pengunjung Global
- Adat Resam Rakyat Tradisional TBC: Membersih Rumah
- TBC 2025: Teknologi Pintar Digunakan Untuk Selenggara HSR
- ‘Gala Kampung’ Di Dalam Gerabak Kereta Api di Guizhou, Alu-alu Kedatangan TBC 2025
- TBC: Prajualan Tayangan Filem Bermula
- Suasana TBC Terasa di Puhe Fair yang Bersejarah 300 Tahun
- Suasana Meriah Karnival Tanglung di Zigong, Sichuan
- Di Manakah Suasana TBC Paling Kuat Terasa Di China, Korea Selatan Dan Malaysia?
- Produk Tema Tahun Ular Laris di “Pasar Raya Dunia”