- Lain-lain
Artis Global Pamer Seni Bercirikan Warisan China di Beijing Dalam Suasana TBC
Pameran seni bertajuk “Canal Chic: Reviving China’s Heritage” yang berlangsung di Beijing pada 22 Januari 2025. (Foto oleh chinadaily.com.cn)
Satu pameran seni bertajuk “Canal Chic: Reviving China’s Heritage” telah berlangsung di Beijing dalam suasana sambutan Tahun Baru Cina (TBC) 2025, selama dua hari bermula 22 Januari, disertai oleh 50 tetamu dari China dan luar negara termasuk Indonesia, Kyrgyzstan, Ukraine, dan Uzbekistan.
Difahamkan, pameran itu juga merupakan kesinambungan daripada ulang tahun ke-10 dalam kejayaan China terhadap inskripsi Terusan Besar ke dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO, dan juga sambutan ke ke-20 tahun ratifikasi China ke dalam Konvensyen untuk Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 2024, serta susulan daripada kempen besar-besaran di serata dunia oleh China Daily Multimedia untuk dalam mempromosi Terusan Besar menerusi seni.
Pameran seni bertajuk “Canal Chic: Reviving China’s Heritage” yang berlangsung di Beijing pada 22 Januari 2025. (Foto oleh chinadaily.com.cn)
Presiden China Daily Multimedia, Ke Rongyi dalam ucaptamanya semasa upacara perasmian telah memberi penekanan terhadap langkah inovatif projek tersebut dalam berkongsikan cerita tentang warisan budaya China.
“Aktiviti ini sangat memberi inspirasi kepada artis, yang kemudian mencipta karya menggunakan ilustrasi gaya Cina dan lukisan minyak, membolehkan peninggalan budaya merentasi sempadan bahasa dan budaya serta menyampaikan semangat Terusan Besar kepada khalayak yang lebih luas,” kata beliau yang juga pengarah Pusat Media Baharu China Daily.
"Lebih 700 tahun yang lalu, Marco Polo dari Venice mengembara di sepanjang Terusan Besar. Hari ini, Terusan Besar China sekali lagi mengalu-alukan utusan budaya dari seluruh dunia," kata Wang Ming, profesor di Jabatan Sejarah Capital Normal University.
Pada masa sama, beliau turut menekankan tentang kepentingan global budaya terusan, dengan mengibaratkan semua rakan asing yang menghadiri acara itu sebagai Marco Polo zaman moden, yang telah menggunakan berus cat mereka untuk memberi gambaran Terusan Besar "paling bergaya" China pada pandangan mereka sendiri.
Pada pameran itu, artis dari China dan luar negara turut bersependapat bahawa interaksi antara peninggalan budaya dan sejarah berfungsi sebagai sumber inspirasi penting untuk ciptaan mereka.
Foto menunjukkan artis Kyrgyz Meerim Dzhunushalieva dan karyanya yang diilhamkan oleh warisan budaya China di Beijing pada 22 Januari 2025. (Xian Jiangnan)
Mas Hedi Suryatna, seorang artis Indonesia yang telah menetap di China selama lebih 25 tahun turut berkongsikan pandangannya mengenai hubungan budaya yang telah berakar umbi antara kedua-dua negara.
"China dan Indonesia telah mengekalkan hubungan yang baik, dan kedua-dua negara telah terlibat dalam pertukaran budaya untuk masa yang lama," katanya kepada People's Daily Online.
Mas yang telah mengembara di pelbagai tempat serata China turut menzahirkan kekagumannya terhadap warisan sejarah dan budaya negara serta menggunakan berusnya untuk mendokumentasikan kisah-kisah penuh warna di tanah itu.
Artis Kyrgyzstan iaitu Meerim Dzhunushalieva turut memanjatkan penghargaan atas peluang yang didapatinya untuk berhubung dengan budaya China.
"Ia memberi saya peluang untuk meluahkan diri saya dan menjadi lebih berhubung dengan budaya China, serta membuatkan saya lebih jatuh cinta dengan China," katanya.
Daniya Yerinkyzy, seorang artis dan pereka grafik dari Kazakhstan, bergambar dengan karya beliau oleh warisan budaya China di Beijing pada 22 Januari 2025. (Xian Jiangnan)
Daniya Yerinkyzy, seorang artis dan pereka grafik dari Kazakhstan, telah mencerminkan minatnya yang lama dalam kaligrafi dan sejarah, terutamanya Dinasti Tang (618–907) China.
"Dalam gaya hidup nomad kami, kami tidak mempunyai artifak sebanyak China," katanya, sambil menambah bahawa lawatannya ke muzium China memberikan inspirasi yang ketara.
Kata Yerinkyzy, pakaian dan patung itu boleh digunakan dalam fesyen kontemporari, sementara warna pasu purba juga boleh memperkayakan reka bentuk moden.
Gao Yang, wakil pewaris pemotongan kertas Yuxian di Provinsi Hebei, utara China, menjemput tetamu untuk merasai pengalaman seni memotong kertas di Beijing pada 22 Januari 2025. (Xian Jiangnan)
Untuk rekod, pameran itu berlangsung bertepatan dengan Xiaonian China, atau Hari Tahun Baru Kecil, dan kedua-dua artis China serta antarabangsa menyatakan keterujaan mereka untuk TBC yang akan datang.
Gao Yang yang merupakan pewaris seni guntingan kertas Yuxian di Provinsi Hebei menjelaskan bahawa ular (di dalam Tahun Ular) melambangkan kemajuan dan transformasi yang lancar, dengan keratan kertas berbentuk ular menyampaikan mesej harapan dan masa depan yang lebih baik.
Laura Ugalde Aburto, pencipta kandungan pengembaraan dari Mexico, berkongsikan kegembiraannya untuk meraikan TBC di China, dan turut menceritakan tentang keseronokannya menikmati hidangan ladu, menonton tarian naga dan singa, serta menonton Gala TBC bersama rakan-rakannya yang berbangsa Cina.
Tetamu bergambar dengan maskot di Majlis Pelancaran Pameran dan Perkongsian Karya Seni "Canal Chic: Reviving China's Heritage" di Beijing pada 22 Januari 2025. (Xian Jiangnan)
Seorang pelawat mengambil gambar karya seni di pameran di Beijing pada 22 Januari 2025. (Xian Jiangnan)
- Xi Ucap Selamat TBC kepada Rakyat Seluruh Negara
- Adat Resam Rakyat Tradisional TBC: Membuat Tauhu
- Pelancongan China Gamit Minat Pengunjung Global
- Adat Resam Rakyat Tradisional TBC: Membersih Rumah
- TBC 2025: Teknologi Pintar Digunakan Untuk Selenggara HSR
- ‘Gala Kampung’ Di Dalam Gerabak Kereta Api di Guizhou, Alu-alu Kedatangan TBC 2025
- TBC: Prajualan Tayangan Filem Bermula
- Suasana TBC Terasa di Puhe Fair yang Bersejarah 300 Tahun
- Suasana Meriah Karnival Tanglung di Zigong, Sichuan
- Di Manakah Suasana TBC Paling Kuat Terasa Di China, Korea Selatan Dan Malaysia?