TBC 2025: Aktiviti Membeli-belah Masuk Fasa Kemuncak

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 26 Januari 2025

Menjelang ketibaan Tahun Baru Cina (TBC) atau Festival Musim Bunga, aktiviti membeli-belah kini memasuki fasa kemuncaknya di serata China.

Di Muzium Broked Yunjin Nanjing di Provinsi Jiangsu, timur China, produk kain broked Yunjin – diinspirasikan daripada karakter Cina ‘Fu’ yang bermaksud nasib baik telah dihasilkan, dan dijual menerusi sesi penstriman langsung oleh insitut penyelidikan broked muzium itu.

Sejak tahun lalu, hasil kerja tangan yang dibangunkan oleh institut penyelidikan broked Yunjin telah menyaksikan kenaikan penjualan dalam talian.

Ketika ini, jualan produk yang bertemakan Tahun Ular 2025 secara dalam talian direkodkan sebanyak RMB800,000 dan lebih daripada RMB500,000 dijual secara fizikal. Pada tahun ini, jumlah penjualan keseluruhan produk diunjurkan untuk mencapai RMB4 juta.

Di sebuah pesta beli-belah di Tang Paradise Xi’an, Provinsi Shaanxi, Sun Ying yang merupakan seorang pewaris generasi keempat warisan budaya ‘chan hua’, atau pembuatan bunga-bungaan dibaluti sutera telah memperkenalkan produk istimewa TBC yang menampilkan bunga peoni dan ular, selain turut menawarkan produk lain yang mempunyai elemen sama seperti anting-anting, pin rambut, dan keronsang.

Bagi Zhang Xing, pewaris kraf pembuatan mekap muka untuk Shehuo – perayaan kalangan rakyat tradisional di China yang meliputi pelbagai aktiviti seperti tarian naga, tarian singa, opera Cina tradisional, dan pertunjukan dram, dia berpendapat bahawa aktiviti membeli-belah TBC adalah platform penting bagi pewaris warisan budaya tidak ketara untuk terlibat dalam pertukaran merentas industri.

Untuk menambah baik penggunaan produk pengguna warisan budaya tidak ketara, Shaanxi telah melaksanakan langkah terhadap empat kategori, termasuk menganjurkan 893 aktviti bertemakan perayaan TBC, dan 106 laluan perjalanan yang memaparkan warisan budaya tidak ketara.

Produk bunga dibaluti sutera yang dihasilkan Sun Ying. (Foto dari Xi’an Evening News, ihsan penemuduga)

Produk bunga dibaluti sutera yang dihasilkan Sun Ying. (Foto dari Xi’an Evening News, ihsan penemuduga)

Mutakhir ini, pembeli bukan sahaja menilai tinggi terhadap budaya dan tradisi membeli-belah TBC, malah turut memfokuskan kepada manfaat kesihatan dalam sesuatu produk.

Pengarah projek gaya hidup di Farmasi Zhongjing Zhang Henan di Zhengzhou, Ma Li berkata bahawa terdapat kenaikan dalam jumlah pembeli di farmasinya sebelum TBC, dengan jualan berjaya mencatatkan rekod baharu. Untuk rekod, penjualan kek sihat meningkat sebanyak 61 peratus, manakala kotak hadiah TBC siri baharu menyaksikan peningkatan sebanyak 390 peratus.

Video

Berita Berkaitan