Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao Antara Saluran Tersibuk Semasa Sambutan TBC

(CRI)Khamis 30 Januari 2025

Semasa tempoh percutian Tahun Baharu China (TBC), Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao telah menjadi antara saluran tersibuk bagi aliran pengembara dan aliran kenderaan.

Berikutan pelaksanaan dasar mempermudahkan prosedur pelepasan kastam kepada "kereta Hong Kong yang menuju ke Tanah Besar" dan "kereta Macao yang menuju ke Tanah Besar", peningkatan jumlah pelancong dari semakin banyak bandar di tanah besar yang melancong secara bersendirian ke Hong Kong dan Macao, dan pelaksanaan dasar baharu Zhuhai untuk menggalakkan pelancongan ke Macao, Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao menjadi salah satu saluran tersibuk dalam perjalanan rentas sempadan bagi penduduk Tanah Besar, Hong Kong dan Macao semasa menyambut TBC.

Pembinaan laluan ekonomi dan perdagangan baharu bagi jambatan tersebut sedang dipercepatkan, dan perhubungan antara pintu sempadan jambatan, lapangan terbang Hong Kong dan Macao, dan taman logistik di sekitarnya menjadi semakin rapat.

Baru-baru ini, sejumlah pencetak dan alat ganti dari sebuah syarikat dihantar ke Lapangan Terbang Hong Kong melalui Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao, dan kemudian dihantar ke Singapura melalui perkhidmatan udara.

Produk import dan eksport syarikat itu diangkut dengan tongkang dari Hong Kong yang mengambil masa dua hingga tiga hari puratanya pada masa dulu. Namun setelah perkhidmatan pelepasan kastam 24 jam disediakan di jambatan itu, prosedur pelepasan kastam dapat diselesaikan dalam masa setengah hari.

Sejak Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao terbuka kepada lalu lintas, kargo import dan eksport yang dihantar melalui pintu sempadan jambatan itu telah melibatkan lebih 230 negara dan wilayah, dan prestasi import dan eksport dari pasaran baru muncul amat signifikan.

Pada tahun 2024, nilai produk import dan eksport antara China dengan ASEAN, Amerika Latin dan Afrika yang dihantar melalui pintu sempadan jambatan itu masing-masing meningkat sebanyak 27.7 peratus, 47.1 peratus dan 30.9 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan