Stesen HSR Gergasi Beroperasi di GBA, Selatan China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 27 Disember 2023
Stesen HSR Gergasi Beroperasi di GBA, Selatan China
Gambar udara diambil pada 25 Disember menunjukkan Stesen Baiyun Guangzhou. (Xinhua/Lu Hanxin)

Pada 26 Disember, Stesen Baiyun Guangzhou yang letaknya di Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau (GBA), selatan China mula beroperasi.

Difahamkan, fasiliti tersebut dikembangkan daripada Stesen Tangxi yang dibina pada tahun 1916. Jumlah keluasan adalah 2.63 juta meter persegi, iaitu empat kali ganda Stesen Selatan Guangzhou yang selama ini mengekalkan kedudukan sebagai suis kereta api berkelajuan tinggi (HSR) terbesar di kawasan selatan China.

Stesen Baiyun Guangzhou menyambungkan beberapa laluan penting termasuk Laluan Beijing-Guangzhou, Laluan Guangzhou-Meizhou-Shantou dan Laluan Guangzhou-Maoming, melengkapkan lagi rantaian pengangkutan kawasan GBA.

Video

Berita Berkaitan