- Lain-lain
TBC 2025: Muzium Sains Teknologi China Tarik Lebih 3 Juta Pengunjung
Pengunjung sedang menyaksikan persembahan oleh satu anjing robot di muzium sains dan teknologi di Bandar Jiaxing, Provinsi Zhejiang, di timur China pada 31 Januari 2025. (Xinhua/Jin Peng)
Muzium Sains dan Teknologi China (CSTM) memaklumkan bahawa muzium-muzium sains dan teknologi China telah menerima kunjungan lebih daripada tiga juta pengunjung semasa tempoh percutian panjang Tahun Baru Cina (TBC), lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.
Menurut CSTM di Beijing, pihaknya telah mempromosi kepada orang awam untuk menerokai elemen saintifik dalam adat TBC atau Festival Musim Bunga.
Difahamkan, sepanjang musim percutian itu, muzium tersebut mengalu-alukan kedatangan lebih daripada 150,000 pengunjung, dengan lebih 90 peratus daripadanya merupakan pelawat dari luar Beijing.
Memetik laporan Xinhua, muzium-muzium sains dan teknologi di serata China turut menganjurkan pelbagai pameran sains bertemakan TBC, dengan mengintegrasikan budaya zodiak, teknik warisan budaya tidak ketara dan teknologi termaju.
Misalnya, Muzium Sains dan Teknologi Fujian di timur China telah mengadakan pameran tentang “kebijksanaan ular”, yang membenarkan pengunjung mempelajari tentang biologi ular. Manakala di Muzium Sains dan Teknologi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pula telah mempamerkan kemajuan terkini teknologi robotik China, iaitu membolehkan robot manusia berinteraksi dengan pengunjung.
CSTM turut berkata bahawa pihaknya akan menerajui muzium-muzium sains dan teknologi negara untuk meneruskan inovasi dalam pempopularan sains pada 2025.
- Pembangunan Juruteknik Kelas Pertama Jadi Keutamaan China
- Penyelidik China Bangunkan Gentian Baharu, Ubah Kemeja-T Jadi Alat Elektronik
- Para Saintis Teroka Cara Ramal Demensia
- BFA Siar Laporan Inovasi 2023
- IT Generasi Baharu Jadi Titik Pertumbuhan Baharu Ekonomi
- Skim Pembinaan Pusat Pengkomputeran Pintar Rangkumi Lebih 30 Bandar
- Forum Pembangunan Sains dan Teknologi Dunia ke-4 Dirasmikan
- Kemajuan Teknologi China Mustahil Dihalang