- Lain-lain
Import dan Eksport Perkhidmatan China Lepasi AS$1 Trilion
Industri perkhidmatan China menyaksikan pertumbuhan pesat pada tahun 2024, dengan jumlah import dan eksportnya melepasi AS$1 trilion (RM4.45trilion), sekali gus membaharui rekod dalam sejarah.
Menurut data statistik oleh Kementerian Perdagangan China, jumlah import dan eksport perkhidmatan mencapai RMB7.52 trilion, menokok 14.4 peratus dari tahun ke tahun.
Antaranya perkhidmatan pelancongan mencatatkan pertumbuhan paling pesat, dengan jumlah import dan eksport mencecah RMB2 trilion sepanjang 2024, meningkat sebanyak 38.1 peratus, sekali gus menyumbang besar kepada peningkatan perdagangan perkhidmatan negara ini.
Pengarah Institut Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan China Li Jun berkata bahawa import dan eksport perkhidmatan tahunan China melebihi AS$1 trilion buat kali pertama, sekali gus mencecah taraf tertinggi dalam sejarah.
Ini mencerminkan bahawa kadar pertumbuhan perdagangan perkhidmatan menjadi lebih pesat, daya saing negara ini di pentas antarabangsa semakin ditingkatkan, dan kedudukan China dalam jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan terus naik, selain memaparkan daya hidup dan potensi pembangunan yang besar, ujar Li.
- Import Eksport 2024 China Meningkat 5 Peratus Tahun Ke Tahun
- Import Eksport Perkhidmatan China Tingkat 14.3%
- Import Eksport Kargo China Naik 6.1% Setengah Tahun Pertama
- Import Eksport Shanghai dan Negara-Negara BRI Pecah Rekod
- Guangxi Catat Peningkatan Import, Eksport Buah Segar
- Eksport Kenderaan Komersial Melalui Pintu Sempadan Xinjiang Meningkat 407.6%
- Import dan Eksport Perkhidmatan China Naik 10 Peratus
- Import dan Eksport Barangan China Naik 0.2 Peratus 2023
- Import dan Eksport China Kekal Mantap
- Import Eksport China Kekalkan Pengoperasian Stabil