Guangxi Catat Peningkatan Import, Eksport Buah Segar

(CRI)Selasa 19 Mac 2024
Guangxi Catat Peningkatan Import, Eksport Buah Segar

Import dan eksport buah segar antara wilayah Guangxi dengan negara ASEAN menyaksikan perkembangan pesat pada dua bulan pertama tahun ini.

Menurut jabatan kastam Nanning, jumlah import dan eksport buah-buahan oleh Guangxi dicatat sebanyak 132,000 tan dari Januari hingga Februari, naik 37.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Antaranya, nilai eksport meningkat 34 peratus, manakala import bertambah 49.1 peratus.

Vietnam dan Thailand antara negara ASEAN yang menjadi sumber import utama bagi wilayah itu, terutamanya import dari Vietnam melonjak 92.3 peratus.

Video

Berita Berkaitan