Kostum Etnik Dapat Permintaan Tinggi di Yunnan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 05 Februari 2025

Gambar menunjukkan bengkel sulaman yang dimiliki oleh Syarikat Sulaman Etnik Wenshan Yufurong di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Li Sha)

Gambar menunjukkan bengkel sulaman yang dimiliki oleh Syarikat Sulaman Etnik Wenshan Yufurong di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Li Sha)

Di sebuah bengkel sulaman seluas hampir 3,000 meter persegi, terdapat lebih daripada 100 mesin sulaman yang tersusun rapi, dengan ‘tugas’ untuk menghasilkan fabrik sulaman yang cantik, disulami elemen warna cerah serta gaya elegan yang menggambarkan corak seperti bunga, burung dan ikan.

Dimiliki oleh Syarikat Sulaman Etnik Wenshan Yufurong, bengkel ini merupakan perusahaan sulaman berkomputer yang terbesar di Provinsi Yunnan. Lazimnya, para pekerja dan mesin akan sibuk untuk memenuhi tempahan yang dibuat sempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC).

Penduduk kampung, mengenakan kostum etnik, menyanyi dan menari bagi menyambut TBC atau Festival Musim Bunga di sebuah perkampungan etnik Yi di perbandaran Weimo, kaunti Yanshan, Wilayah Autonomi Miao dan Wenshan Zhuang, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Xiong Pingxiang)

Wilayah Autonomi Miao dan Wenshan Zhuang di Provinsi Yunnan merupakan tempat tinggal bagi 11 kumpulan etnik, dengan masing-masing memiliki budaya etnik yang kaya serta pakaian tradisional yang unik.

Permintaan terhadap pakaian etnik meningkat menjelang TBC atau Festival Musim Bunga, yang mendorong kepada lonjakan ketara dalam jualan.

Pekerja giat bertugas di bengkel pengeluaran Syarikat Sulaman Etnik Wenshan Yufurong di Wilayah Autonomi Miao dan Wenshan Zhuang, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Xiong Pingxiang)

Syarikat Sulaman Etnik Wenshan Yufurong mempunyai kepakaran dalam penghasilan sulaman serta hasil kerja tangan etnik Zhuang, Miao, Yi dan kumpulan etnik lain, serta telah memperkenalkan lebih daripada 10 siri produk sulaman ke pasaran yang turut dieksport ke negara lain termasuk Vietnam, Laos, Thailand dan Amerika Syarikat.

Seorang wanita mencuba pakaian etnik di sebuah kedai dalam taman inovasi industri pakaian etnik di kaunti Maguan, Wilayah Autonomi Miao dan Wenshan Zhuang, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Cheng Pan)

Li Mingyao, pengurus besar syarikat tersebut berkata bahawa pihaknya sedang meningkatkan pengeluaran lebih daripada 10 jenis pakaian, termasuk gaun pengantin dan sut yang menggabungkan unsur etnik serta elemen fesyen moden.

Kasut bersulam bercirikan etnik turut mendapat permintaan tinggi di pekan Babao, Wilayah Autonomi Miao dan Wenshan Zhuang, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Luo Rui)

Kasut bersulam bercirikan etnik turut mendapat permintaan tinggi di pekan Babao, Wilayah Autonomi Miao dan Wenshan Zhuang, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Luo Rui)

Taman inovasi industri pakaian etnik di kaunti Maguan, Wenshan, menjadi hab kepada pelbagai kedai yang menawarkan pakaian etnik dengan rekaan yang unik dan penuh warna-warni. Di sini, pakaian etnik bukan sahaja dijual secara fizikal, tetapi juga secara dalam talian, serta dieksport ke kawasan lain seperti Guizhou, Hunan, dan Sichuan, selain negara seperti Vietnam, Laos, dan Thailand.

Difahamkan, terdapat lebih daripada 400 perniagaan dan syarikat persendirian terlibat dalam pengeluaran serta penjualan pakaian etnik di kaunti Maguan, yang menjana nilai output melebihi RMB100 juta pada tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan