- Lain-lain
Teknologi Canggih Jamin Kejayaan Sukan Musim Sejuk Asia
Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin, ibu kota provinsi paling utara China iaitu Heilongjiang, temasya sukan yang menjanjikan kecemerlangan dan keadilan dengan adanya sokongan teknologi termaju daripada pihak penganjur.
Daripada rekaan inovatif obor hinggalah peralatan yang direka untuk memastikan keadilan serta sistem keselamatan yang canggih, teknologi hadir dalam setiap aspek penganjuran acara ini.
OBOR AIS
Obor bagi Sukan Musim Sejuk Asia yang menjelang tiba merupakan hasil unggul bidang rekaan dan kejuruteraan. Dicipta oleh Universiti Kejuruteraan Harbin, obor itu dibuat daripada bahan fungsi khas lut sinar dan dibentuk umpama bunga lilac yang mekar, memaparkan gradasi warna daripada rona hablur ais kepada putih emping salji. Apabila dinyalakan, kesan visual yang terhasil umpama ais dan api yang memukau, melambangkan daya hidup bandar tuan rumah dengan begitu indah.
Prof. Sun Gaohui dari Kolej Sains Bahan dan Kejuruteraan Kimia Universiti Kejuruteraan Harbin menerangkan bahawa banyak cabaran teknikal yang perlu diatasi semasa proses rekaannya. Ini termasuk memastikan kelutsinaran, ketahanan terhadap perubahan cuaca ekstrem dan juga api, serta keberkesanan kos.
Pembawa obor Shen Yue memegang obor semasa larian obor Sukan Musim Sejuk Asia 2025 di Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laur China, 3 Februari 2025. (Foto/Xinhua)
ULANG TAYANG
Untuk menjamin keadilan dalam acara perlumbaan pantas seperti luncur laju dan luncur laju trek pendek, penyelidik di Universiti Sukan Harbin telah membangunkan satu sistem ulang tayang video dwipaparan.
Jelas Shan Baohai, seorang profesor di universiti tersebut, berbeza dengan perkakas standard Kesatuan Luncur Antarabangsa yang hanya menyediakan satu skrin untuk pengadil, sistem yang inovatif ini menawarkan dua skrin yang membolehkan mereka melihat dari beberapa sudut secara serentak.
Shan menekankan bahawa kemajuan teknologi ini penting peranannya untuk membolehkan keputusan dibuat dengan cepat dan tepat semasa pertandingan berlangsung. Tambahan lagi, sistem sama boleh menggunakan data terkumpul dan analisis data raya untuk menyusun rumusan saintifik berkaitan latihan atlet, pembangunan strategi pertandingan, dan pengoptimuman penganjuran acara.
Skuad tred pendek China menghadiri sesi latihan sebelum pertandingan luncur laju trek pendek Sukan Musim Sejuk Asia 2025 di Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laur China, 6 Februari 2025. (Xinhua/Xu Yanan)
PENGURUSAN KESELAMATAN
Buat julung kalinya, tapak acara akan mengguna pakai teknologi penentu kedudukan dalam bangunan 5G NR yang dibangunkan oleh pembekal telekomunikasi China Unicom. Sistem ini boleh mengesan lokasi petugas operasi dan selenggaraan dalam masa nyata, sekali gus menjamin respons pantas dalam kes kecemasan dan memastikan acara berjalan lancar.
Jelas Ji Yangqi, seorang pakar dari China Unicom cawangan Heilongjiang, teknologi ini mampu meningkatkan keselamatan dan kecekapan acara.
Teknologi maju lain misalnya rangkaian 5G-A juga digunakan untuk mempertingkat tahap keselamatan acara secara keseluruhan.
Lebih sedozen teknologi 5G yang canggih akan digunakan, termasuk penentu kedudukan berketepatan tinggi 5G-A dan teknologi pengesan berasaskan 5G. (Foto/Xinhua)
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Xi Jinping akan Hadir Upacara Perasmian AWG Esok
- Larian Obor AWG Ke-9 Diadakan di Harbin
- Kontinjen China Hantar 170 Atlet, Sertai Semua Acara di AWG 2025
- Persiapan Sukan Asia Musim Sejuk Harbin Selesai
- AWG Harbin Tawar 64 Pingat Emas
- 30 Hari Menjelang Sukan Musim Sejuk Asia 2025, Harbin Giat Buat Persiapan
- Bekalan Elektrik Hijau untuk Semua Venue AWG Harbin
- Harbin Siap Siaga Jadi Tuan Rumah Sukan Asia Musim Sejuk
- Minat Beriadah Membara di Harbin Menjelang Sukan Musim Sejuk Asia ke-9
- Presiden OCA Yakin Sukan Asia Musim Sejuk 2025 Berjalan Lancar