- Lain-lain
Destinasi Alternatif Mampu Milik Jadi Pilihan Pengembara Muda
Seiring dengan budaya pengembaraan China yang sedang berevolusi, ‘mengembara pada cuti Tahun Baru China (TBC)’ juga turut menjadi tradisi moden.
Sejumlah besar pengembara muda kini dilihat teragak-agak untuk pegi ke destinasi yang sesak dengan orang ramai, tetapi lebih memilih tempat yang jimat dan menawarkan pengalaman pengembaraan alternatif yang mengasyikkan.
Dengan menerokai kawasan yang kurang dikenali, golongan tersebut merasakan perjalanan mereka lebih segar dan menawarkan kepuasan.
Berbanding memilih untuk melancong di kawasan panas semasa TBC, Chen Yiran yang lahir pasca 1995 dari Provinsi Anhui telah melawat Tianjin di utara China selepas tempoh percutian TBC untuk mengalami suasana romantik di bandar itu.
Foto yang diambil pada September 2023 ini memaparkan pemandangan sudut udara sebuah dermaga di Sungai Haihe di Perbandaran Tianjin, utara China. (China News Service/Tong Yu)
Menurut Chen, tarikan romantik Sungai Haihe Tianjin yang menawarkan suasana kebudayaan yang kaya serta kos yang lebih rendah sering dibandingkan dengan Sungai Seine di Perancis.
Di situ, wanita tersebut menginap di B&B yang terletak di kawasan bandar bersejarah Wudadao atau lebih dikenali sebagai Kawasan Lima Terbaik, dengan pemandangan seni bina gaya Barat.
Harbin, Manzhouli dan Yanji yang terletak di timur laut China pula menawarkan pelancong tempatan dengan suasana seolah-olah sedang berada di luar negara.
Menurut Fang Zeqian, seorang penganalisis industri dengan agensi pelancongan dalam talian Ctrip, jumlah carian untuk artikel mengenai destinasi pelancongan alternatif di Ctrip pada tahun 2024 menyaksikan peningkatan yang ketara, dengan artikel berkaitan memperlihatkan peningkatan 75 peratus tahun ke tahun dalam tontonan.
Laporan mengenai destinasi alternatif untuk golongan muda oleh platform pelancongan dalam talian Mafengwo mendedahkan bahawa individu yang lahir pada 1990-an dan 2000-an menyumbang 59.1 peratus daripada mereka yang mencari destinasi khusus yang unik yang menawarkan pengalaman yang diperibadikan.
"Destinasi alternatif biasanya dilihat lebih jimat, menarik lebih sedikit pelancong dan mudah diakses," kata Fang.
Di Xiaohongshu, atau RedNote, iaitu platform media sosial gaya hidup yang popular, topik yang berkaitan dengan destinasi alternatif pula telah menjana lebih 10 juta tontonan.
Foto memperlihatkan bahagian luar Hotel Astor di Perbandaran Tianjin, utara China. (China News Service/Tong Yu)
Seorang pengembara muda dari Perbandaran Chongqing di barat daya China, Zhang Chen yang berkongsikan pengalamannya berkata bahawa pada asalnya dia merancang sama ada untuk pergi bermain ski di Gunung Changbai di Provinsi Jilin atau Yabuli di Provinsi Heilongjiang.
Namun, berikutan kos yang tinggi serta jarak yang jauh, dia akhirnya memilih untuk ke Gunung Salji Xiling di Chengdu yang lebih dekat dengan rumahnya, dan lebih kos yang jauh lebih murah.
“Kualiti salji di sini sangat baik, dan saya tidak perlu mengembara jauh. Jumlah kos keseluruhan juga adalah separuh daripada yang saya akan belanjakan sekiranya saya pergi ke timur laut,” kata Zhang, sambil berkongsi bahawa dia menemui gunung tersebut menerusi media sosial yang dikategorikan pengguna sebagai mesra pemula.
Sementara itu, Fang pula menzahirkan kepercayaannya bahawa kebangkitan destinasi alternatif bukan sahaja mempamerkan gaya penggunaan yang lebih rasional dalam kalangan pengembara muda, malah turut menonjolkan minat mereka terhadap pengalaman yang diperibadikan.
- Pelancongan Ais dan Salji Musim Sejuk China Dijangka Capai 520 Juta Perjalanan
- Industri Pelancongan Makmur Sempena Sambutan TBC 2025
- TBC 2025: Selamat Datang Pelancong Asing!
- Percutian Warga Korea Selatan, Jepun Berhujung Minggu di Shanghai Jadi Trend
- Aktiviti Pelancongan, Kebudayaan Penuh Asyik Merancak di Serata China
- Ledakan Aktiviti Sukan Luar Beri Dimensi Baharu Sektor Pelancongan
- Pemandu Pelancong Tempatan Berbahasa Asing Lonjak Kepopularan ‘China Travel’
- Tarikan Ais di China Menonjol Pada Pameran Pelancongan Singapura
- Kisah Seorang Pemuda China, Berbasikal Rentas Asia Tenggara
- Duta Besar China ke AS: Jom Melancong ke China Tanpa Ragu-ragu