China Menentang Provokasi Kapal Perang Kanada di Selat Taiwan

(CRI)Isnin 17 Februari 2025

Jurucakap Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Kolonel Kanan Tentera Laut PLA, Li Xi memaklumkan sebuah kapal jenis frigat milik Kanada telah melintasi Selat Taiwan pada 16 Februari lalu.

Jelasnya, kapal yang tertera tulisan "Ottawa" itu juga dilaporkan telah menguar-uarkan keberadaannya di kawasan terbabit kepada umum. Justeru, Teater Tentera PLA telah mengaturkan pasukan tentera udara dan laut bagi memantau dan mengawasi pergerakan kapal perang Kanada tersebut serta mengambil tindakan yang efektif dalam menangani keadaan tersebut.

Menurut Li Xi, kenyataan yang dikeluarkan pihak Kanada berhubung perkara berkenaan sebelum ini, dilihat sebagai cubaan untuk memutarbelitkan undang-undang dan campur tangan yang bermotifkan politik di kawasan terbabit selain mengelirukan orang ramai.

Malah, tindakan itu juga jelas disengajakan Kanada dalam mengganggu gugat keadaan menjejaskan kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan.

Pasukan Teater Timur PLA sentiasa mengekalkan tahap siap siaga yang tinggi dalam menentang segala bentuk ancaman dan provokasi.

Video

Berita Berkaitan