- Lain-lain
Pelancong ASEAN Bebas Visa Kumpulan Pertama Tiba di Xishuangbanna
![]() |
Pelancong ASEAN bebas visa kumpulan pertama di Xishuangbanna, Provinsi Yunnan pada Selasa. (Foto/Xinhua) |
Satu kumpulan pelancong yang terdiri daripada 15 individu dari Thailand dan Laos tiba di Stesen Kereta Api China-Laos di Xishuangbanna, Provinsi Yunnan pada Selasa, dan disambut dengan upacara renjis air dan pertunjukan tarian.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, mereka merupakan pelancong kumpulan pertama dari negara ASEAN yang melawat Kawasan Autonomi Dai di Xishuangbanna, Provinsi Yunnan, sejak dasar bebas visa baharu diperkenalkan.
Difahamkan, dengan dasar baharu tersebut, pelancong dari negara-negara ASEAN boleh melawat kawasan yang turut merupakan destinasi pelancongan popular di Yunnan itu, secara bebas visa selama enam hari.
Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa dasar bebas visa baharu telah berkuatkuasa sejak 10 Februari itu bertujuan untuk melonjakkan aktiviti pelancongan di kawasan barat daya China.
Xinhua dalam laporannya yang memetik NIA menyebut bahawa dasar itu disasarkan untuk mengembangkan lagi keterbukaan, pertukaran rakyat, dan memperdalam perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN.
Timbalan pengarah biro kebudayaan dan pelancongan Xishuangbanna, Jiang Jie berkata bahawa langkah tersebut akan mendorong lagi pasaran pelancongan masuk tempatan.
Jelasnya, Xishuangbanna juga akan terus memupuk format pelancongan baharu, dan menambah baik infrastrukturnya untuk memenuhi permintaan pelancong.
- China akan Laksana Dasar Pengecualian Visa untuk Lebih Banyak Negara
- Impak Dasar Bebas Visa Dorong ‘China Travel’ Jadi Lebih Rancak
- China Lanjutkan Kemudahan Transit Tanpa Visa kepada 240 Jam
- Dasar Bebas Visa Dorong Pengembara Korea Selatan ke China
- China Komited Permudahkan Perjalanan Pelancong Asing
- Lagi Banyak Negara Asing Tersenarai dalam Skim Pengecualian Visa China
- Lapangan Terbang Daxing Beijing Kendali 4 Juta Penumpang Antarabangsa
- Dasar Bebas Visa Lonjak Pelancongan Masuk ke Xi’an
- 9 Negara Lagi di Bawah Dasar Bebas Visa China
- China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Empat Negara Lagi