China Rekodkan Lebih 1 Juta Buah Syarikat Pelabur Asing Hingga Akhir 2024

(CRI)Khamis 20 Februari 2025

Sehingga akhir tahun 2024, China merekodkan kira-kira 1.239 juta buah syarikat pelabur asing dengan kelulusan pelaburan asing mencecah RMB20.6 trilion (RM12.6 trilion).

Perkara itu diumumkan dalam sidang media Pejabat Penerangan Dewan Negara China pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perancangan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), Yao Jun pada sidang media tersebut memaklumkan bahawa pada tahun 2024, China juga berjaya menghapuskan sepenuhnya sekatan terhadap akses pelaburan asing dalam sektor pembuatan, yang mana ia merupakan pencapaian penting dalam usaha mendorong keterbukaan tahap tinggi.

Pada tahun 2024, penggunaan sebenar modal asing dalam industri pembuatan melebihi RMB220 bilion, dengan industri pembuatan berteknologi tinggi menyumbang kira-kira 11.7 peratus.

MIIT seterusnya akan melaksanakan pelbagai langkah pembukaan seperti "Rancangan Tindakan 2025 untuk Menstabilkan Pelaburan Asing" bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mampan kepada syarikat asing demi perkembangan mereka yang lebih baik di China.

Video

Berita Berkaitan