Melabur di China, Menangi Masa Depan

(CRI)Rabu 27 Mac 2024

Pada tempoh Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2024 yang baru melabuh tirainya di Beijing, para petugas dari hampir seratus syarikat transnasional seperti Apple dari Amerika Syarikat (AS), HSBC dari Britain dan Mercedes-Benz dari Jerman telah berhimpun dan melakukan perbincangan hangat tentang "Melabur di China".

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jin dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa melabur di China sama dengan memenangi masa depan.

Menurut Lin, China telah mengumumkan 24 langkah tentang usaha menarik pelaburan asing, dan meningkatkan penyelarasan untuk menyesuaikan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berspesifikasi tinggi dalam pelaksanaan projek pilot di 5 zon perdagangan bebas dan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.

Selain itu, China melalui laporan kerja kerajaan yang dibentangkan tahun ini, mengemukakan akan secara menyeluruh membatalkan sekatan terhadap pelaburan asing yang merancang mengakses bidang perkilangan, serta melonggarkan akses ke pasaran perkhidmatan dalam bidang telekomunikasi dan perubatan, manakala melalui "rancangan meningkatkan tahap keterbukaan dan tindakan menarik serta meluluskan pelaburan asing" yang diterbitkan Dewan Negara baru-baru ini, berikrar meningkatkan usaha untuk menarik pelaburan asing.

Data berkenaan dari Kementerian Perdagangan China mendedahkan bahawa jumlah syarikat pelaburan asing baharu mencatat 7,160 buah bagi dua bulan pertama tahun ini, meningkat 34.9% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu, sekali gus mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir 5 tahun kebelakangan ini.

Video

Berita Berkaitan