Industri Perfileman, TV Makmur di Qingdao

(CRI)Rabu 26 Februari 2025

Antara enam filem yang ditayangkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025, dua daripadanya iaitu 'Creation of the Gods II: Demon Force' dan 'Operation Hadal' diterbitkan di Pangkalan Filem dan Televisyen Qingdao di provinsi Shandong, timur China.

Bergelar 'China Movie Metropolis', pangkalan itu dibangunkan mengikut piawaian antarabangsa.

Pangkalan seluas 1.7 juta meter persegi itu mempunyai 40 studio berkelas antarabangsa dan 32 bengkel set, selain dilengkapi fasiliti seperti pusat audio-visual digital dan platform penggambaran dan pembikinan maya.

Susulan itu, Qingdao turut mencapai kejayaan luar biasa dalam pembangunan bersepadu antara industri perfileman dan televisyen dengan industri pelancongan.

Bandar itu sering dipilih sebagai lokasi penggambaran oleh pembuat filem dan drama bersiri TV domestik.

Video

Berita Berkaitan