- Lain-lain
Bagaimana Perundangan China Serap Suara Awam Menjadi Undang-undang
Sesi mesyuarat tahunan badan perundangan utama China iaitu Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan badan penasihat politik utama China, Majlis Politik Rakyat China (CPPCC) yang turut dikenali sebagai ‘dua sesi’ atau ‘lianghui’ sedang berlangsung ketika ini, dan sekali lagi menggamit perhatian global.
Pada masa sama, ramai masyarakat luar juga tertanya-tanya tentang cara proses perundangan China itu dilaksanakan.
Dalam sistem perundangan China, NPC dan Jawatankuasa Tetapnya bukan sahaja merupakan penggubal undang-undang, tetapi turut menjadi saluran bagi orang awam melontarkan pandangan.
Persoalannya, bagaimanakah suara-suara awam tersebut dapat diterjemah menjadi undang-undang?
Seorang pegawai perhubungan perundangan mendengar pandangan penduduk di Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China pada 9 September 2024. (People’s Daily Online/Hu Jiangtao)
Jawapannya boleh didapati dalam rangka kerja keinstitusian yang direka secara terperinci bagi memastikan pandangan awam disulami dalam setiap peringat proses penggubalan undang-undang.
Mencadangkan undang-undang
Dalam tempoh sesi kedua NPC ke-14 tahun 2024, ahli majlis perundangan telah mengemukakan 298 usul, dengan 292 daripadanya menangani isu perundangan bermula daripada perumusan dan menyemak semua undang-undang, kepada penterjemahan dan pembatalan undang-undang.
Ketika merumuskan pelan perundangan, Jawatankuasa Tetap NPC akan meneliti secara terperinci terhadap cadangan dan usul ahli majlis di samping analisis oleh pakar dan maklum balas dari orang awam.
Proses tersebut juga menjadi lebih mudah berikutan latar belakang ahli majlis perundangan yang datang dari segenap lapisan masyarakat, sekali gus membolehkan suara awam didengari secara terus dan menyumbang kepada proses perundangan.
Merangka undang-undang
Ramai yang tidak menyangka bahawa cadangan yang dibawa oleh pelajar sekolah menengah juga mampu mempengaruhi perundangan kebangsaan China. Untuk rekod, satu cadangan daripada pelajar di Sekolah Menengah Universiti Undang-undang dan Sains Politik Timur China pada 2020 telah dikemukakan menerusi pejabat bantuan perundangan tempatan. Ia seterusnya telah dibawa untuk dikaji untuk Undang-undang Perlindungan Bawah Umur China.
Penduduk tempatan di Tongling, Provinsi Anhui mengemukakan cadangan kepada ahli majlis perundangan pada 26 April 2024. (People’s Daily Online/Chu Zhuchuan)
Difahamkan, pejabat bantuan yang seumpama telah mula dilancarkan pada 2015. Sejak itu, lebih daripada 90 peratus rang undang-undang atau pindaan oleh NPC dan Jawatankuasa Tetapnya telah mendapat maklum balas daripada pejabat-pejabat tersebut, yang mengumpul pandangan daripada perusahaan, kampung dan sekolah.
Proses tersebut dapat dilihat semasa merangka Kanun Sivil China, iaitu undang-undang bersejarah yang digubal pada 2020. Ia menyaksikan lebih daripada 425,000 individu telah membuat 1.02 cadangan secara dalam talian. Teks terakhir menambah bahagian ‘Hak Peribadi’, iaitu satu kemenangan bagi penyokong yang menekankan keperluan untuk perlindungan dipertingkatkan maklumat peribadi, privasi dan reputasi dalam era digital.
Mengguna pakai undang-undang
Draf undang-undang biasanya menjalani beberapa pusingan penelitian oleh Jawatankuasa Tetap NPC, dan dalam beberapa kes, juga teliti semasa sesi NPC.
Malah, peruntukan teknikal boleh mencetuskan perbincangan hangat. Sebagai contoh, pada 2015, ahli majlis perundangan terlibat dalam perbincangan yang teliti mengenai satu ayat dalam semakan draf Undang-undang Perundangan China. Difahamkan, mereka mendapati bahawa bacaan ketiga telah mengalih keluar klausa yang memerlukan kadar cukai ditetapkan oleh undang-undang.
Satu lagi persoalan yang timbul adalah, mengapakah butiran tersebut penting?
Seorang ahli majlis perundangan mengumpulkan cadangan terhadap dasar tanah ladang di Ji’an, Provinsi Jiangxi, timur China pada 25 Oktober 2024. (People’s Daily Online/Chen Fuping)
Terdapat ahli majlis perundangan yang berpendapat bahawa kadar cukai adalah elemen penting dalam percukaian. Justeru, tanpa mandat berkanun, prinsip percukaian berkanun dapat disepakati.
Jawatankuasa khas NPC dalam responsnya pula telah menganalisis setiap cadangan secara teliti, dan akhirnya telah mengembalikan peruntukan mandat bahawa kadar cukai untuk ditetapkan oleh undang-undang.
Undang-undang Perundangan menentukan bahawa perundangan perlu mengekalkan dan membangunkan keseluruhan proses demokrasi rakyat, menghormati dan melindungi hak asasi manusia, serta menjaga dan mempromosi keadilan sosial.
- Xi Mahu Jiangsu Mainkan Peranan Utama dalam Pembangunan Negara
- ‘Lianghui’ Jadi Jambatan Suara Awam dan Tindakan Dasar
- Kata Baharu dalam Laporan Kerja Kerajaan China 2025
- Penasihat Politik Tertinggi China Bentang Laporan Kerja
- Sidang Ketiga NPC ke-14 Bermula Hari Ini
- Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Bermula
- Sidang Ketiga NPC ke-14 Bermula Esok
- Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Berlangsung Mulai Esok
- Sidang Jawatankuasa Tetap CPPCC Berakhir
- Sidang Akhbar Sidang Tahunan NPC akan Diadakan 4 Mac