- Lain-lain
Pelancongan di Bandar Peringkat Rendah Semakin Popular di China
Mempunyai elemen tarikan sejarah, adat etnik dan suasana penuh hidup, bandar peringkat rendah di China semakin menjadi perhatian dalam kalangan pelancong tempatan khususnya buat mereka yang tidak memilih untuk bercuti di tempat sesak dengan pelancong.
Demikian memetik laporan yang dikeluarkan secara bersama oleh Akademi Pelancongan China dan platform pelancongan dalam talian, Mafengwo.
Satu persembahan diadakan semasa Pertandingan Raja Dram Kebangsaan 2025 di bandar purba Zhengding, kaunti Zhengding, Provinsi Hebei di utara China. (Foto oleh Yan Zhiguo)
Daripada makanan terkenal tempatan dan seni bina purba yang ajaib kepada jalan lorong yang bersejarah, pesta rakyat yang penuh bertenaga dan pasar kreatif, pengembara muda dilihat lebih mahu mencuba menerokai apa yang disebut sebagai permata tersembunyi dengan pemandangan yang mengujakan.
Data daripada Mafengwo menunjukkan bahawa carian untuk kata kunci yang berkaitan dengan bandar dan kaunti peringkat rendah meningkat sebanyak 44.8 peratus tahun ke tahun pada 2024, manakala lawatan pelancong sebenar ke daerah dan kaunti pula melonjak sebanyak 76.4 peratus.
Pada masa sama, lebih 5 juta pelancong berkongsi pengalaman perjalanan masing-masing ketika berada di bandar-bandar peringkat rendah pada platform Mafengwo.
Mafengwo telah menyusun senarai 100 destinasi permata tersembunyi yang mempunyai khazanah budaya, sejarah yang panjang, atau keajaiban semula jadi yang hanya menunggu masa sebelum ditemui.
Jumlah orang yang tidak ramai, tarikan khusus, berbaloi dan pengalaman unik kebudayaan adalah faktor utama yang menarik pelancong ke bandar-bandar peringkat rendah.
Menurut pecahan demografi, pengembara pasca 90-an menyumbang 48.1 peratus daripada pelancong di bandar-bandar peringkat rendah, manakala pelawat pasca 80-an yang kebiasaannya melancong bersama anak-anak pula menyumbang sebanyak 31.7 peratus.
Ketika membuat pilihan untuk ke bandar peringkat rendah, golonga yang berkeluarga mengutamakan destinasi yang menawarkan percutian santai, peluang untuk kanak-kanak belajar tentang sejarah dan budaya serta pengalaman unik tradisi rakyat atau warisan budaya tidak ketara.
Foto menunjukkan pelancong di Ngarai Besar Kuqa, sebuah taman geologi kebangsaan di Kuqa, sebuah bandar peringkat kaunti di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di barat laut China. (Foto oleh Zhu Hongsheng)
Dai Bin, pengarah Akademi Pelancongan China, berkata bahawa golongan muda hari ini mengoptimumkan jadual perjalanan dan destinasi mereka dengan memanfaatkan internet, data raya dan kecerdasan buatan.
Katanya, era pelancongan di bandar-bandar peringkat rendah yang didorong oleh permintaan diperibadikan serta penggunaan rasional telah pun bermula.
"Orang ramai mendambakan keaslian, budaya dan ketenangan fikiran semasa perjalanan. Bandar peringkat rendah di China boleh memenuhi permintaan tersebut," kata Chen Gang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mafengwo.
Bandar-bandar peringkat bawah di seluruh negara mempunyai gaya yang pelbagai, sekali gus memastikan setiap pengembara dapat mencari destinasi memenuhi cita rasa masing-masing.
Sebagai contoh, banyak bandar peringkat rendah di Provinsi Hebei di utara China mempunyai sejarah yang membanggakan dan budaya yang cemerlang.
Tempat seperti Zhengding, yang digelar sebagai ‘muzium’ seni bina purba China, Dingzhou, yang secara sejarahnya dikenali sebagai pintu masuk strategik ke ibu negara, dan Zunhua, sebuah kaunti berusia milenium yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, telah menjadi tempat tumpuan pelancong dari Beijing, Tianjin dan kawasan sekitarnya yang berdekatan pada hujung minggu.
Tetamu dari Itali melawat muzium yang memperkenalkan adat perkahwinan kumpulan etnik She di kampung Banyueli, kaunti Xiapu, Provinsi Fujian, tenggara China. (Xinhua/Jiang Kehong)
Menurut laporan itu, lawatan seni bina purba, sejarah, warisan budaya tidak ketara, adat resam rakyat, hidangan masakan, dan keajaiban alam atau budaya adalah tema popular untuk pelancongan di bandar-bandar peringkat rendah
Difahamkan, tempat yang kaya dengan budaya lebih digemari oleh pelancong, dengan pengalaman mengasyikkan yang menampilkan seni bina purba, warisan budaya tidak ketara dan adat tempatan telah memacu ledakan pelancongan.
Kejayaan tular baru-baru ini iaitu permainan video China "Black Myth: Wukong" telah meningkatkan minat golongan muda dalam lawatan seni bina purba.
Misalnya, sebagai salah satu lokasi penggambaran permainan, Kuil Xiaoxitian di kaunti Xixian, Provinsi Shanxi di utara China telah menarik ramai pelancong yang datang untuk melihat patung tanah liatnya yang pelbagai saiz.
- Pelancong Asing Terpikat dengan "China Travel with Chinese Films"
- Destinasi Alternatif Mampu Milik Jadi Pilihan Pengembara Muda
- Mi Segera Mala AirAsia Pikat Selera Warga China, Jadi Buruan Warganet
- Pelancongan Ais dan Salji Musim Sejuk China Dijangka Capai 520 Juta Perjalanan
- Industri Pelancongan Makmur Sempena Sambutan TBC 2025
- TBC 2025: Selamat Datang Pelancong Asing!
- Percutian Warga Korea Selatan, Jepun Berhujung Minggu di Shanghai Jadi Trend
- Kamera CCD Retro Cara Terkini Muda-mudi di China Rakam Hidup
- Aktiviti Pelancongan, Kebudayaan Penuh Asyik Merancak di Serata China
- Ledakan Aktiviti Sukan Luar Beri Dimensi Baharu Sektor Pelancongan