China Lancarkan Satelit Percubaan Teknologi Komunikasi

China melancarkan satelit percubaan baharu untuk teknologi komunikasi ke ruang angkasa dari Pusat Pelancara Satelit Xichang di Provinsi Sichuan pada awal pagi 10 Mac 2025. (foto/Xinhua)

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa China berjaya melancarkan satelit percubaan baharu untuk teknologi komunikasi ke ruang angkasa dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Provinsi Sichuan, tepat pukul 1:17 awal pagi tadi.

Difahamkan, satelit yang dilancarkan oleh roket Long March-3B itu telah memasuki orbit seperti yang dijadualkan, sekali gus menandakan kejayaan pelancaran tersebut.

Menurut Xinhua, satelit itu secara amnya akan digunakan untuk melaksanakan kesahan teknologi komunikasi berkelajuan tinggi dan pelbagai saluran.

Untuk rekod, pelancaran satelit itu merupakan misi yang ke-562 oleh siri roket pembawa Long March.

China melancarkan satelit percubaan baharu untuk teknologi komunikasi ke ruang angkasa dari Pusat Pelancara Satelit Xichang di Provinsi Sichuan pada awal pagi 10 Mac 2025. (foto/Xinhua)

China melancarkan satelit percubaan baharu untuk teknologi komunikasi ke ruang angkasa dari Pusat Pelancara Satelit Xichang di Provinsi Sichuan pada awal pagi 10 Mac 2025. (foto/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan