- Lain-lain
China Seru Kerjasama Global Tangani Isu Dadah
Sesi ke-68 Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melabuhkan tirai di Vienna, Austria pada Isnin.
Wakil China ketika berucap pada sesi tersebut telah membentangkan pencapaian terkini yang dilakar China dalam usaha membanteras dadah dan cadangan bagi kerjasama antarabangsa.
Beliau turut menyeru kerjasama seluruh dunia dalam menangani masalah dadah serta mengekalkan sistem kawalan dadah antarabangsa.
Dalam ucapannya, beliau berkata China telah melaksanakan kawalan terhadap 510 jenis dadah narkotik dan ubat psikotropik, dan menjalankan kawalan ketat ke atas ubat-ubatan berkaitan Fentanyl dan Synthetic cannabinoids.
"China komited bekerjasama dengan semua negara untuk memperkukuhkan pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah, penguatkuasaan undang-undang, kerjasama antarabangsa untuk membendung bekalan dadah dari sumber, menggalakkan tadbir urus bersama masalah dadah global, membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan yang bebas daripada bahaya dadah, demi menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan global serta kesihatan dan kesejahteraan manusia."
Ini sekaligus memperlihatkan usaha China dalam mengawal dan bertindak balas secara tegas terhadap masalah dadah jenis baharu.