FED Kekalkan Kadar Faedah Dana Persekutuan pada 4.25 Hingga 4.5 Peratus

(CRI)Khamis 20 Mac 2025

Lembaga Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat (AS) mengakhiri mesyuarat dasar monetari selama dua hari pada Rabu dan mengumumkan akan mengekalkan kadar faedah dana persekutuan antara 4.25 peratus hingga 4.5 peratus.

Ini merupakan kali kedua FED memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah yang sama selepas mesyuarat pada Januari.

Pengerusi FED Jerome Powell pada sidang media berkata, ada tanda-tanda terkini yang menunjukkan perbelanjaan pengguna menjadi perlahan selepas pertumbuhan pesat pada separuh kedua tahun 2024.

Sementara itu, kajian terhadap isi rumah dan perusahaan menunjukkan ketidakpastian prospek ekonomi semakin meningkat.

Powell berkata, adalah sukar untuk menilai berapa banyak inflasi yang datang dari tarif atau faktor-faktor lain. Walau bagaimanapun, beliau juga mengakui bahawa jika data inflasi komoditi dalam dua bulan lalu terus kukuh, ia pasti berkaitan dengan tarif.

Video

Berita Berkaitan