‘Pasar Raya Dunia’ Yiwu Lancarkan Susun Balik Perdagangan Baharu

Seorang warga asing membeli peralatan sukan musim sejuk di Pasar Dagangan Antarabangsa Yiwu di Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Zhang Yongtao)

Seorang warga asing membeli peralatan sukan musim sejuk di Pasar Dagangan Antarabangsa Yiwu di Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Zhang Yongtao)

Aura Pasar Dagangan Antarabangsa Yiwu, iaitu hab utama dunia untuk perdagangan komoditi kecil di Provinsi Zhejiang, timur China jelas dirasai apabila terdapat gabungan tenaga antara pembeli dan penjual.

Zhang Shidan, pengasas Syarikat Dagangan Komoditi Harian Jinshang Yiwu, sedang memproses sejumlah besar pesanan untuk cawan straw kanak-kanak daripada pelanggan Timur Tengahnya. Difahamkan, ia merupakan pesanan susulan selepas tercetusnya jualan luar biasa oleh pelanggannya itu.

"Untuk terus menjamin kelebihan kami dalam industri yang pantas ini, kami melancarkan 1 ke 2 reka bentuk bermilik setiap bulan dan mengeluarkan 1,000+ SKU baharu (Unit Penyimpan Stok) setiap tahun," kata Zhang.

Chris, pakar perolehan yang berpangkalan di London dengan kepakaran penyumberan selama sedekad di Yiwu, menyatakan semangat untuk landskap produk bandar yang sentiasa berkembang.

"Saya membeli lebih 100 kontena setiap tahun, yang merangkumi barang kemas, alatan dan pelbagai lagi.

"Setiap lawatan menginspirasikan saya inovasi baru. Kali ini, saya bersiap sedia untuk kempen perolehan yang besar," katanya.

Seorang pedagang asing membeli-belah di Pasar Dagangan Antarabangsa Yiwu di Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Hu Xiaofei)

Seorang pedagang asing membeli-belah di Pasar Dagangan Antarabangsa Yiwu di Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Hu Xiaofei)

Terkenal dengan jolokan sebagai ‘pasar raya dunia’, Yiwu mempunyai 2.1 juta kategori produk yang mampu menampung operasi sejumlah lebih 2.1 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta mengekalkan hubungan perdagangan di lebih 230 negara dan wilayah pada masa sama.

Secara tahunannya, sekitar 600,000 pembeli antarabangsa akan berpusu-pusu ke Yiwu, disokong oleh 28,000 pedagang antarabangsa yang ditempatkan secara tetap. Keberadaan lebih 650,000 perusahaan e-dagang digital pertama di bandar itu mencerminkan pengaruh rentas sempadannya menerusi saluran dalam talian.

Pada penghujung 2024, Majlis Negara China meluluskan satu cetak biru susun balik komprehensif untuk menggerakkan pemodenan perdagangan antarabangsa Yiwu. Pelan tersebut menggariskan 97 inisiatif bersasar dalam lima tonggak utama iaitu; rangka kerja perolehan yang diperkemas untuk perdagangan rentas sempadan yang tangkas; pengintegrasian rantai bekalan global dan domestik yang lebih mendalam; infrastruktur logistik masa depan; ekosistem kawal selia yang diperbaik; dan suasana perniagaan bertaraf dunia.

Untuk memajukan pembangunan import yang inovatif, pelan itu mencadangkan mekanisme pengurusan senarai positif untuk barangan pengguna import terpilih, memudahkan prosedur kastam, sambil mengekalkan protokol keselamatan.

“Yiwu mempunyai kelebihan dalam meluaskan saluran import dengan memanfaatkan logistik teguh dan infrastruktur digitalnya, yang diusahakan melalui kepakaran eksport berdekad-dekad," kata Zhang Yongjun, setiausaha agung dan penyelidik di Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China.

"Dengan kedatangan puluhan ribu pembeli global pada setiap tahun, mereka boleh menjadi jambatan untuk memperkenalkan produk premium dan khusus dari pasaran kampung halaman masing-masing ke China," tambah Zhang.

Untuk meningkatkan mekanisme perolehan pasaran, pelan itu mewujudkan sistem penyatuan perdagangan, yang disepadukan ke dalam rangka kerja perdagangan formal. Ia mengukuhkan pengawasan pasaran masa nyata, protokol penyatuan kargo dan dokumentasi kastam yang diperkemas.

Dengan memanfaatkan platform perkhidmatan perdagangan digital Yiwu, keseluruhan rantaian bekalan yang meliputi urus niaga, logistik, pembayaran dan pembiayaan—telah menjalani pendigitalan holistik.

Untuk rangkaian perkhidmatan global yang selamat, inisiatif ini memberi insentif kepada perniagaan untuk membangunkan platform digital antarabangsa proprietari yang menggabungkan fungsi seperti pemasaran rentas sempadan, penghantaran jarak jauh dan perkhidmatan selepas jualan.

Pada masa sama, ia mengutamakan pengoptimuman logistik melalui laluan penghantaran terus yang diperluas, sumber kargo terpusat dan penyelesaian pengangkutan ‘pintu ke pintu" dan ‘gudang ke gudang’ yang dinaik taraf.

Dalam situasi ekonomi global ketika ini, keselamatan dan kestabilan rantaian bekalan telah muncul sebagai cabaran penting.

Lu Jing, ketua Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Ekonomi di Fakulti Ekonomi Universiti Zhejiang telah menekankan bahawa pembaharuan Yiwu membentangkan strategi inovatif untuk mengoptimumkan rantaian bekalan global.

Tegas Lu, China sedang memajukan rangkaian logistik yang lebih cekap untuk komoditi kecil, menggunakan kereta api barang China-Eropah dan penyelesaian pengangkutan pelbagai mod yang menyepadukan udara, laut dan kereta api untuk menurunkan kos perdagangan dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan.

Pedagang asing mempelajari tentang mainan bercetak 3D di Pasar Dagangan Antarabangsa Yiwu di Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Shi Kuanbing)

Pedagang asing mempelajari tentang mainan bercetak 3D di Pasar Dagangan Antarabangsa Yiwu di Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Shi Kuanbing)

Sejak kelulusan pelan pembaharuan komprehensifnya, Yiwu telah mempelopori inisiatif transformatif dengan hasil yang jelas dapat dilihat. Pensijilan import mainan kini hanya memerlukan lima hari, iaitu menurun daripada 20 hari, manakala kedai pertama ‘Yiwu Selection’, iaitu platform untuk jenama China memasuki pasaran global pula direkodkan menjana RMB120 juta (AS$16.56 juta) dalam tempoh lima jam selepas dibuka.

Selain itu, Yiwu melancarkan taman perindustrian e-dagang yang memproses lebih 10 juta bungkusan setiap hari, dan lapangan terbangnya telah dinaik taraf kepada hab transit tanpa visa.

Zhang Jianping, timbalan pengarah jawatankuasa akademik di Akademi Perdagangan Antarabangsa dan Kerjasama Ekonomi China, menyifatkan Yiwu sebagai dunia kecil bagi perdagangan antarabangsa China, yang mencerminkan kehebatan sektor pembuatan dan dinamik pasaran domestiknya.

Beliau menambah bahawa model perdagangan inovatif bandar itu bukan sahaja menyemarakkan pertumbuhan ekonomi tempatan tetapi juga menyediakan pelan tindakan untuk pembangunan perdagangan di seluruh China.

Video

Berita Berkaitan