NWLC Catat Rekod Baharu Import Eksport pada Suku Pertama 2025

(CRI)Rabu 23 April 2025

Jumlah import dan eksport melalui saluran baharu (13+2) di sepanjang Koridor Darat, Laut Barat Baharu (NWLC) mencatat lebih RMB200 bilion (RM120.78 bilion) pada suku pertama tahun 2025.

Menurut statistik yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China di bandar Chongqing pada Selasa, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekaligus memperbaharui rekod sedia ada.

NWLC yang berpusat di Chongqing itu memanfaatkan pengangkutan kereta api, laut dan jalan raya, sehingga membentuk mekanisme kerjasama "13+2" yang merangkumi 12 provinsi, bandar dan wilayah di bahagian barat, serta provinsi Hainan dan dua bandar lagi yakni Zhanjiang dari provinsi Guangdong dan Huaihua dari provinsi Hunan di bahagian selatan.

Sejak pelan induk strategik itu dilancarkan lima tahun lalu, NWLC telah disambungkan dengan 563 pelabuhan di 127 buah negara, melibatkan pengangkutan lebih daripada 1,250 jenis barangan.

Video

Berita Berkaitan