- Lain-lain
Seni Seramik Beri Nafas Baharu Buat Luoyang (8)
![]() |
Foto memperlihatkan pemandangan panorama di Kampung Seramik (Antarabangsa) Sancai Luoyang di Kaunti Luoning, Luoyang, Provinsi Henan di tengah China. (People’s Daily Online/Lu Yang) |
Kira-kira 120 kilometer dari pusat bandar Luoyang di Provinsi Henan, terletak satu kampung kecil yang terdiri daripada rumah ladang, gua kediaman dan pemandangan semula jadi yang penuh bertenaga.
Kampung Seramik (Antarabangsa) Sancai Luoyang, yang dibangunkan pada 2015 oleh artis seramik China iaitu Guo Aihe, mempunyai keluasan sehingga 3,000 mu (200 hektar) dan terkenal dengan tembikar berkaca tiga warna (Sancai) serta suasana semula jadinya.
Sambil melindungi ketulenan kawasan itu, kampung tersebut menampilkan penambahbaikan kreatif kepada gua kediaman dan rumah yang diperbuat daripada tanah liat.
Sebagai tanda seni kreatif, lebih daripada 6,000 takung tembikar besar boleh didapati di merata tempat kampung itu. Pada masa sama, terdapat juga takung tembikar yang digunakan semula sebagai tong sampah dan batu turapan.
Untuk rekod, kampung itu telah menganjurkan sembilan pameran seni yang bertema sejak 2015, yang memfokuskan kepada pendidikan seni di komuniti pergunungan luar bandar. Ia juga telah mewujudkan program seni di 86 buah sekolah di serata Luoning, dengan jumlah pelajar seramai lebih 70,000 orang.