- Lain-lain
China Gesa Filipina Segera Hentikan Pencerobohan di Terumbu Tiexian
Jurucakap Pengawal Pantai China (GCC), Liu Dejun berkata bahawa enam individu dari Filipina dilapor mendarat secara haram di Terumbu Tiexian pada Ahad meskipun telah diberikan amaran oleh pihak China.
Pasukan penguatkuasa GCC kemudiannya pergi ke terumbu tersebut bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut undang-undang.
Liu Dejun menegaskan bahawa China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan perairan sekitarnya, termasuk Terumbu Tiexian.
Beliau berkata pihak Filipina itu telah menceroboh kedaulatan wilayah China, melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan (DoC) serta menjejaskan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
China menggesa Filipina supaya segera menghentikan sebarang tindakan pencerobohan di wilayah China.
Liu berkata, GCC akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan perlindungan hak di kawasan perairan yang berada di bawah bidang kuasa China mengikut lunas undang-undang.
- Pendirian China Terhadap Terumbu Ren'ai Tegas dan Jelas
- Pendirian China Terhadap Terumbu Ren'ai Tegas dan Jelas
- China Keluarkan Laporan Sistem Ekologi Terumbu Karang Tiexian Jiao dan Niu’e Jao
- Latihan Ketenteraan AS, Filipina Bertentangan dengan Kepentingan Serantau
- PLA Tingkatkan Kawalan di Perairan Pulau Huangyan
- China Halau Pesawat Filipina Ceroboh Ruang Udara Pulau Huangyan
- Filipina Digesa Jangan Ulang Kesilapan Sama
- Pelayaran Armada China di Selat Basilan Sah, Selaras Praktis Antarabangsa
- CCG Usir Dua Kapal Filipina Ceroboh Masuk Tiexian Jiao
- Kapal Filipina Sengaja Merempuh Kapal CCG di Pulau Huangyan