Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Disiarkan di Rusia

(CRI)Rabu 07 Mei 2025

Sempena Presiden China Xi Jinping membuat lawatan rasmi ke Rusia dan menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Patriotik Agung, program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' versi antarabangsa disiarkan di media arus perdana Rusia termasuk stesen televisyen dan radio VGTRK bermula hari ini.

Program itu menghimpunkan petikan karya klasik dan kata-kata hikmat yang digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memberi tumpuan kepada pembangunan inovatif, kemakmuran budaya, interaksi dan saling belajar sesama tamadun, pendidikan keluarga dan lain-lain.

Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), program berkenaan memaparkan kebijaksanaan Presiden Xi dalam mentadbir negara, penghayatan falsafah yang mendalam serta kepekaan tinggi beliau terhadap aspek sosiobudaya.

Video

Berita Berkaitan