Ekosistem Pertanian Berusia 1,300 Tahun Bersinar di Yunnan
 |
Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron bertarikh 2 Mei 2025 ini memperlihatkan pertunjukan semasa sebuah acara yang menandakan permulaan musim penanaman beras di sawah padi berteres di Kampung Jiayin, Kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Hu Chao) |
Penanaman padi, penternakan ikan, dan membela itik – satu senario yang boleh dilihat pada ladang teres dengan pemandangan yang penuh mengujakan. Ia memaparkan gaya hidup yang menjalinkan cerita antara keharmonian ekologi, kepintaran tradisional dan inovasi moden.
Landskap Kebudayaan Teres Padi Hani Honghe telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada 2013. Teres tersebut melata ke bawah cenuram dari Gunung Ailao ke tebing Sungai Honghe.
Dalam tempoh 1,300 tahun yang lalu, masyarakat Hani telah membangunkan sistem saluran yang kompleks untuk membawa air dari puncak gunung berhutan ke kawasan teres. Ia secara tidak langsung membentuk simbiosis ekosistem pertanian antara hutan, kampung, teres dan sungai.
Dengan teres yang semakin berkembang, kesan limpahan turut dirasai terhadap populariti produk seperti beras merah, ikan padi dan telur itik. Disulami dengan alunan lagu purba Hani, kaedah penternakan tradisional dan pesta etnik, teres tersebut berjaya menarik pelancong dari serata dunia.
 |
Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron bertarikh 26 Februai 2025 ini sawah padi berteres dan rumah tradisional Hani yang dikenali sebagai ‘rumah cendawan’ di Kampung Anzheke, Kaunti Yuanyuang, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Hu Chao) |
 |
Pelancong melawat sawah padi berteres di Kampung Anzheke, Kaunti Yuanyuang, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China pada 26 Februari 2025. (Xinhua/Hu Chao) |
 |
Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron bertarikh 2 Mei 2025 ini memperlihatkan pertunjukan semasa sebuah acara yang menandakan permulaan musim penanaman beras di sawah padi berteres di Kampung Jiayin, Kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Hu Chao) |
 |
Foto sudut udara bertarikh 2 Mei 2025 ini memaparkan penduduk kampung sedang memindah tanam pembenihan padi di sawah padi berteres di Kampung Jiayin, Kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Hu Chao) |
 |
Foto yang diambil menggunakan dron pada 26 Februari 2025 ini menunjukkan penduduk kampung sedang membajak sawah padi berteres di Kampung Anzheke, Kaunti Yuanyuang, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Hu Chao) |
 |
Foto penduduk kampung sedang menyelanggara permatang sawah padi berteres di Kampung Anzheke, Kaunti Yuanyuang, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China pada 26 Februari 2025. (Xinhua/Wang Anhaowei)
|
 |
Foto sudut udara bertarikh 26 Februai 2025 ini memaparkan pemandangan sawah padi berteres di Kampung Anzheke, Kaunti Yuanyuang, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Hu Chao)
|
 |
Penduduk kampung membuat persembahan semasa sebuah acara yang menandakan permulaan musim penanaman beras di sawah padi berteres di Kampung Jiayin, Kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Hu Chao) |