China, Rusia Tandatangan Dokumen Kerjasama Perfileman

(CRI)Jumaat 09 Mei 2025

Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin hadir menyaksikan majlis tandatangan dan pertukaran dokumen kerjasama perfileman di Istana Kremlin di Moscow pada Khamis.

Pada majlis tersebut, Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong mewakili Pentadbiran Perfileman China (CFA) bertukar dokumen mengenai pelan tindakan penghasilan filem bersama menjelang 2030 dengan Menteri Kebudayaan Rusia Olga Lyubimova.

Dokumen berkenaan menggariskan rancangan mengenai kerjasama penerbitan filem, penganjuran festival filem bersama, perlindungan arkib, penyertaan dalam 'Anugerah Filem Eurasia' dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan