- Lain-lain
Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Capai Kemajuan Signifikan
China dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan peringkat tinggi mengenai hal-ehwal ekonomi dan perdagangan di Geneva, Switzerland pada 10 hingga 11 Mei waktu tempatan.
Ketua wakil China bagi rundingan itu, yang juga Naib Perdana Menteri, He Lifeng dalam sidang taklimat yang diadakan pada Ahad malam berkata, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara terus terang dan menyeluruh, serta mencapai persetujuan penting, dan rundingan berkenaan mencapai kemajuan signifikan.
"China dan AS bersetuju untuk membina mekanisme perbincangan mengenai hal-ehwal ekonomi dan perdagangan. Butiran lanjut akan diperincikan dengan secepat mungkin, manakala kenyataan bersama mengenai rundingan kali ini akan diumumkan pada Isnin," kata He.
Beliau berkata, rundingan kali ini mendapat perhatian tinggi oleh masyarakat antarabangsa. Dengan usaha bersama kedua-dua pihak, rundingan kali ini mencapai kemajuan penting ke arah penyelesaian pertikaian melalui dialog sama rata.
"Ini meletakkan asas kukuh dan membina syarat baik untuk kedua-dua pihak merapatkan percanggahan dan meningkatkan kerjasama bagi fasa seterusnya," ujar He.
He menyatakan bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan AS bukan sahaja amat penting bagi kedua-dua negara, malah juga memberi kesan besar bagi kestabilan ekonomi dan pembangunan dunia.
Beliau menegaskan bahawa China bersedia bersama AS untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara pada 17 Januari lalu, mengadakan dialog yang ikhlas, berunding secara sama rata, mengawal percanggahan pendapat, meneroka potensi kerjasama, menambah senarai kerjasama, memperkasakan kerjasama agar mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS mencapai kemajuan baharu, sekali gus menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian kepada ekonomi dunia.
- Rundingan Perdagangan Peringkat Tinggi China-AS Berlangsung
- China Terbuka Terhadap Sebarang Dialog dan Perbincangan
- China Setuju Bincang dengan AS tentang "Perang Tarif"
- Sistem Dagangan Terbuka, Langkah Tepat Tangani Amalan Perlindungan
- Trump Umum Tarif 100 Peratus Terhadap Filem Import
- Perang Tarif: AS Ingin Berunding, China sedang Buat Penilaian
- China Seru Bela Mekanisme Perdagangan Multilateral
- Sekeping gambar, seribu kata | Tak eloklah kalau tak balas
- AS Angkat Batu, Hempap Kaki Sendiri
- Kemakmuran Yang Perlu, Bukan Kemelesetan