Sistem Dagangan Terbuka, Langkah Tepat Tangani Amalan Perlindungan

(CRI)Selasa 06 Mei 2025

Sistem perdagangan antarabangsa yang kekal terbuka dan pelbagai hala adalah pendekatan yang berkesan untuk menangani perlindungan perdagangan.

Demikian pendapat rata-rata tokoh yang hadir pada mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia (ADB) ke-28 yang berlangsung di Milan, Itali bermula 4 hingga 7 Mei.

Ketua Ahli Ekonomi ADB, Albert Park menyatakan kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) telah membantutkan pertumbuhan ekonomi sejagat.

Menurut beliau, ekonomi banyak negara di Asia terkena tempias serius susulan tarif timbal balik yang dilaksanakan AS.

Video

Berita Berkaitan