Tarif Perang AS: Jerat Leher Sendiri dalam Industri Perfileman

(CRI)Isnin 12 Mei 2025

Perancis tidak terlalu bimbang akan ancaman yang dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) tentang peningkatan tarif ke atas semua filem asing yang diimportnya, kerana industri perfileman AS sendiri akan mendapat tempias yang pertama susulan pelaksanaan dasar seumpama itu.

Demikian dinyatakan Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati baru-baru ini.

Ketika bertemu dengan penggiat filem Perancis sempena Pesta Perfileman Antarabangsa Cannes ke-78, beliau menegaskan pihaknya akan bertekad membela perfileman Perancis secara habis-habisan.

Dalam suatu program televisyen, Dati menekankan, industri perfileman AS yang "mendapat keuntungan dalam jumlah besar dan pengeksportannya kuat" seolah-olah dijerat leher, kerana terpaksa menanggung kos penghasilan yang semakin meningkat di tengah-tengah peningkatan tarif berkenaan.

Untuk rekod, Presiden AS, Donald Trump pernah mengumumkan pada 4 Mei untuk mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas semua filem buatan luar negeri dengan dalih industri perfileman AS "sedang meleset dengan cepat".

Video

Berita Berkaitan