Gempa Bumi 5.5 Skala Richter Landa Selatan Xizang

(CRI)Isnin 12 Mei 2025

Kaunti Lhaze bandar Xigaze di selatan wilayah Xizang (latitud 28.91° utara, longitud 87.54° timur) dilanda gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter pada pukul 5:11 pagi tadi.

Pihak berkuasa tempatan bertindak pantas mengaktifkan mekanisme pemeriksaan kecemasan, dan mendapati tiada laporan kematian atau kecederaan selepas tinjauan peringkat awal berakhir di seluruh kaunti, manakala pelbagai fasiliti awam seperti bekalan elektrik, air, jalan raya dan komunikasi berjalan seperti biasa.

Menurut laporan yang dibuat sebanyak beberapa kali dari mukim Mangpu yang terdekat dengan pusat gegaran, setakat pukul 6:30 pagi, tiada korban jiwa atau kecederaan keanggotaan dikesan. Penduduk tempatan pula telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Pegawai di pelbagai kampung sedang melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah selain menyantuni mangsa yang terbabit. 

Video

Berita Berkaitan