- Lain-lain
Pembangunan Ekonomi Altitud Rendah Serata China
Sebuah dron yang dibangunkan oleh Pheonix Wings, sebuah syarikat cargo UAV di bawah kelolaan gergasi kiriman ekspres China SF Group, membuat penampilan pada majlis pelancaran projek rintis ekonomi altitud rendah (LAE) di Hong Kong, selatan China, 20 Mac 2025. (Xinhua/Chen Duo)
China telah menyaksikan perkembangan pesat teknologi dan industri melibatkan ekonomi altitud rendah pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan ruang udara di bawah paras 1,000 meter di seluruh negara makin hari makin “sibuk”.
Sebagai salah satu daya penggerak penting momentum ekonomi baharu, ekonomi altitud rendah dianggap ramai sebagai sebuah industri baru muncul yang penting dan strategik.
Pada masa ini, syarikat-syarikat domestik yang berkaitan dengan maklumat dan komunikasi serta bateri, motor dan sebagainya, sedang aktif melibatkan diri dalam ekonomi altitud rendah. Unsur-unsur inovatif pelbagai bidang kini tertumpu pada industri-industri altitud rendah.
Kakitangan menyenggara sebuah dron penghantar makanan di tingkat teratas sebuah pusat beli-belah di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 23 April 2024. (Xinhua/Mao Siqian)
Foto bertarikh 7 Oktober 2024 ini menunjukkan persembahan dron di Shenyang, provinsi Liaoning, timur laut China. (Xinhua/Li Gang)
Seorang pelatih (kanan) mengikuti sesi latihan dron praktikal di sebuah pangkalan inovasi sains dan teknologi altitud rendah di daerah Jiangbei, Ningbo, provinsi Zhejiang, timur China, 28 Februari 2025. (Xinhua/Jiang Han)
Seorang budak perempuan menaiki helikopter dari sebuah pangkalan helikopter untuk menikmati pemandangan Tasik Taihu dari udara di Huzhou, provinsi Zhejiang, timur China, 5 November 2024. (Xinhua/Xu Yu)
Sebuah dron logistik bermuatan barangan menuju ke Pelabuhan Xuwen di provinsi Guangdong, berlepas dari luar dewan pameran Ekspo Barangan Pengguna Antarabangsa China (CICPE) di Haikou, provinsi Hainan, selatan China, 14 April 2025. (Xinhua/Guo Cheng)