- Lain-lain
Ekspo Perindustrian Antarabangsa Dalian 2025 Tumpu pada Pembuatan Pintar
Ekspo Perindustrian Antarabangsa Dalian 2025 membuka tirainya di Zon Perdagangan Bebas Dalian di provinsi Liaoning pada Rabu, dengan menyaksikan penyertaan 900 syarikat dari lebih 20 negara dan wilayah termasuk Britain, Jerman, Sweden dan Jepun, serta lebih 20 provinsi dan bandar China, termasuk Beijing, Shanghai dan provinsi Zhejiang.
Ekspo yang terdiri daripada 10 zon pameran itu merangkumi beribu-ribu jenis kemudahan dan teknologi dalam pelbagai bidang seperti kemudahan berteknologi canggih, tenaga hijau, kecerdasan buatan dan ekonomi penerbangan altitud rendah, yang disokong oleh seluruh rantaian perindustrian dan sistem perkhidmatan yang serasi.
Ekspo Perindustrian Antarabangsa Dalian yang merupakan antara temasya pertukaran teknologi dan kemudahan perindustrian antarabangsa yang penting di China, diadakan buat kali pertamanya pada tahun 1999.
Untuk rekod, terdapat lebih 5,000 item kerjasama yang bernilai RMB1.8 bilion (RM1.07 bilion) termeterai dalam Ekspo edisi tahun 2024.
- FTZ Dinaik Taraf, Lebih Galakkan Manfaat Bersama China, ASEAN
- Zon Perdagangan Bebas Guangxi Galakkan Usaha Pembukaan China
- FTZ Rintis Xinjiang Catat Prestasi Cemerlang
- FTZ Rintis Sinonim Keterbukaan Bertaraf Tinggi
- Kehidupan Penduduk Terjejas Banjir, Tumpuan Tinjauan Presiden Xi di Liaoning
- Shenyang Lancar Talentport Asia Timur Laut
- Shenyang Bakal Anjur Sesi Pertukaran Bakat Asia Timur Laut 2024
- Anak Anjing Laut Diselamatkan di Pantai Dalian
- Pantai Merah Honghaitan Tarik Pelancong dengan Landskap Unik
- Doktor Buku Purba
- Anjing Laut Bertompok Dilepaskan ke Laut di Dalian
- Industri Tenaga Baharu Dorong Pembangunan Berkualiti
- Xi Meninjau Shenyang