- Lain-lain
China Laksanakan Dasar Pengecualian Visa kepada Lima Negara LAC
China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC). Berita itu diumumkan sempena Mesyuarat Peringkat Menteri Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) keempat yang diadakan di Beijing baru-baru ini.
Menurut keputusan itu, pemegang pasport biasa dari Brazil, Argentina, Chili, Peru, dan Uruguay yang datang ke China untuk tujuan berniaga, melancong, mengunjungi famili atau sahabat, pertukaran, dan transit selama tidak lebih daripada 30 hari, akan dikecualikan visa.
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam sidang taklimat pada Khamis menjelaskan bahawa untuk memudahkan pertukaran lawatan sesama rakyat, kerajaan China memutuskan untuk mengecualikan visa bagi pengembara dari lima negara tersebut, berkuatkuasa bermula 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026.
Lin menegaskan bahawa China akan mengekalkan keterbukaan bertaraf tinggi dan mengeluarkan lebih banyak dasar untuk memudahkan pertukaran lawatan antara China dengan negara luar.
Di samping itu, beliau menyatakan bahawa China mengalu-alukan lebih ramai pelancong asing untuk memanfaatkan dasar bebas visa untuk berkunjung ke China, melihat negara yang indah dinamik ini dengan mata sendiri.
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Colombia di Beijing
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Chile di Beijing
- China Umum Garis Panduan Untuk Tingkatkan Kerjasama Dengan Negara LAC
- Xi Hadir Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri Forum China-CELAC Keempat
- Wang Yi Ditemui Menteri Luar dari Forum China-CELAC
- Xi Hadir Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri Keempat Forum China-CELAC
- Majoriti Rakyat Amerika Latin Akui dan Hargai Pencapaian China
- Mesyuarat Menteri Keempat Forum China-CELAC akan Diadakan di Beijing
- Xi Bakal Hadir Perasmian Mesyuarat Menteri ke-4 Forum China-CELAC
- China Tambah Baik Dasar Bayaran Balik Cukai Perlepasan