Majoriti Rakyat Amerika Latin Akui dan Hargai Pencapaian China

(CRI)Selasa 13 Mei 2025

Sempena ulang tahun ke-10 sejak pelancaran rasmi Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC), Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bekerjasama dengan University of San Martín de Porres, Latin American Center of Political and Economical Studies on China, dan University of Santiago de Chile telah menerbitkan hasil tinjauan yang melibatkan 2,500 responden dari 10 negara Amerika Latin.

Hasil tinjauan ini menunjukkan, 94.8 peratus responden menganggap China sebagai sebuah negara yang berjaya, 85.9 peratus responden melihat China sebagai negara yang menarik, 94.8 peratus mengakui kekuatan ekonomi China yang kukuh, 91 peratus percaya bahawa ekonomi China kekal baik untuk suatu jangka masa yang panjang. Selain itu, terdapat juga 95.6 peratus responden yang mengiktiraf kekuatan teknologi China, dan 82.9 peratus berpendapat model pembangunan China boleh dijadikan rujukan bagi Amerika Latin.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, semakin banyak negara Amerika Latin memilih untuk menjalin atau memulihkan hubungan diplomatik dengan China. Hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa 86.2 peratus responden mempunyai pandangan positif terhadap China, 87.7 peratus menyatakan sikap yang baik terhadap rakyat China, dan 87.7 peratus juga berpendapat positif mengenai syarikat China yang melabur dan beroperasi di Amerika Latin.

Masa depan hubungan China–Amerika Latin bergantung kepada generasi muda yang penuh dengan tenaga dan impian. Data tinjauan ini menunjukkan bahawa responden dalam lingkungan usia dari 18 hingga 34 tahun menunjukkan tahap kesukaan yang jelas terhadap China berbanding dengan kumpulan responden dalam lingkungan usia yang lain.

Selain itu, 87.2 peratus responden mengakui pengaruh budaya China, dengan yang lebih lagi dalam lingkungan usia 18-24 tahun yang mencecah 91.9 peratus, dan dalam lingkungan usia 25-34 tahun yang menokok 89 peratus. Sebanyak 88.1 peratus responden memberi penilaian positif tentang sumbangan budaya China kepada peradaban manusia.

Sebagai pemacu utama kerjasama China-Amerika Latin, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membawa pengaruh yang semakin meningkat di negara-negara Amerika Latin. Menurut hasil tinajuan ini, 80.4 peratus responden percaya bahawa BRI memberi impak positif kepada pembangunan negara-negara Amerika Latin, 81.1 peratus bersetuju dengan prinsip " berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi" yang terkandung dalam BRI, 82.1 peratus menganggap BRI adalah sumbangan penting China kepada dunia, 80.9 peratus berpendapat bahawa BRI membantu mewujudkan order antarabangsa yang lebih sama rata.

Sementara itu, 86.5 peratus responden percaya kerjasama ekonomi dengan China adalah saling menguntungkan, 84.5 peratus berpendapat negara mereka memperoleh lebih banyak faedah melalui perdagangan dengan China, 90 peratus mengakui keberkesaan pelaburan China dalam merangsang pembangunan ekonomi tempatan.

Mengenai hubungan China-Amerika Latin, hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa 81.8 peratus responden menganggap hubungan China-Amerika Latin kekal dalam trend perkembangan yang baik pada masa ini, 93.8 peratus menganggap menjalin hubungan erat dengan China sangat penting bagi negara mereka, dan sebanyak 89 peratus bersikap positif terhadap masa depan hubungan dua hala.

Tinjauan ini meliputi negara Brazil, Mexico, Argentina, Chile, Peru, Honduras, Panama, Nicaragua, El Salvador dan Republik Dominika, dan kumpulan responden terdiri daripada orang awam berusia 18 hingga 55 tahun atau ke atas.

Video

Berita Berkaitan