- Lain-lain
Wang Yi Ditemui Menteri Luar dari Forum China-CELAC
Menteri Luar China, Wang Yi ditemui sebahagian rakan sejawatnya dan wakil dari Sidang Peringkat Menteri Luar Forum China-Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) ke-4 di Beijing pada Isnin.
Ketika bertemu dengan Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez, Wang Yi berkata, Presiden Xi Jinping dan Presiden Miguel Díaz-Canel Bermudez pernah mencapai hasil signifikan dalam pertemuan mereka di Moskow.
China akan terus menyokong usaha Cuba membela kedaulatan negara dan kehormatan bangsa, serta keadilan dalam memperjuangkan matlamat menentang boikot dan sekatan, agar mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara.
Rodriguez berkata, pihaknya mempertahankan prinsip Satu China, dan bersedia melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di Moskow.
Waktu bertemu dengan Menteri Luar Uruguay, Mario Lubetkin, Wang Yi menekankan hasrat China memperdalam kolaborasi bilateral bagi pembangunan berkualiti dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Ketika bertemu dengan Menteri Luar Venezuela, Yvan Gil, Wang menekankan pendirian China menyokong perpaduan dan kemandirian negara serantau, serta menentang pembulian dan memelihara keadilan antarabangsa.
Waktu bertemu dengan Menteri Luar Colombia, Laura Sarabia, Wang menyatakan kesediaan untuk menjayakan sidang peringkat menteri luar kali ini satu himpunan yang meriah yang bersatu padu, produktif dan berkecekapan tinggi untuk semua anggota keluarga China-CELAC.
- Xi Hadir Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri Keempat Forum China-CELAC
- Majoriti Rakyat Amerika Latin Akui dan Hargai Pencapaian China
- Mesyuarat Menteri Keempat Forum China-CELAC akan Diadakan di Beijing
- Xi Bakal Hadir Perasmian Mesyuarat Menteri ke-4 Forum China-CELAC
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Panama
- Xi Ucap Tahniah kepada Forum Angkasa Lepas China, Amerika Latin dan Caribbean
- Xi Ditemui Presiden Republik Suriname
- China Seru Dorong Proses Politik di Haiti
- China, Antigua and Barbuda Eratkan Hubungan Bilateral:Xi
- China, Nicaragua Jalin Perkongsian Strategik