Dinamika China | 6,297 Paten Ciptaan: Lonjakan Teknologi Dongfeng

Dinamika China | 6,297 Paten Ciptaan: Lonjakan Teknologi Dongfeng
Automobil yang dipamerkan di Pusat Inovasi Global Dongfeng Motor di Wuhan. (People’s Daily Online/Guo Tingting)

Pada 19 Mei, rombongan People’s Daily Online diberi peluang untuk mengunjungi Pusat Inovasi Global Dongfeng Motor di Wuhan, yang dikenali sebagai “enjin kepintaran” industri automobil China, untuk mengetahui bagaimana Dongfeng dapat menerajui transformasi industri dengan inovasi.

Di sini, pasukan R&D terdiri daripada ribuan orang. Dimaklumkan, permohonan paten ciptaan Dongfeng pada tahun 2024 mencatat 6,297 dengan mencapai 200% daripada sasaran yang ditetapkan. Antaranya sebanyak 1,906 paten ciptaan telah diluluskan, iaitu mendahului semua pengeluar automobil di China

Di ruang pameran, Dongfeng Mach Power, iaitu enjin hibrid pertama dengan kecekapan haba 45.18%, agak menarik perhatian. Ia bukan sekadar melakar sejarah dalam industri domestik, tetapi juga menandakan bahawa teknologi kuasa automotif China telah menduduki barisan hadapan di dunia.

Dongfeng Motor telah berkembang daripada pengikut teknologi kepada penetap piawai, menunjukkan kebangkitan China dalam pembuatan pintar, sekali gus mencorakkan semula landskap industri automobil global.

Video

Berita Berkaitan