Dagangan Luar China Terus Berkembang Kukuh

(CRI)Selasa 20 Mei 2025

Dalam senario persekitaran luaran mengalami perubahan drastik, sektor perdagangan luar China berjaya mengatasi pelbagai kesukaran sehingga mengekalkan pertumbuhan stabil pada April.

Data Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan dari Januari hingga April, nilai import dan eksport barangan mencatat kenaikan sebanyak 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bulan April menyaksikan jumlah import dan eksport barangan meningkat 5.6 peratus, antaranya eksport terus berkembang pesat iaitu pada kadar 9.3 peratus.

Bagi empat bulan pertama tahun ini, jumlah import dan eksport antara China dengan anggota ASEAN serta negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) masing-masing menokok 9.2 peratus dan 3.9 peratus.

Jurucakap NBS Fu Linghui berkata pengurangan tarif yang ketara antara China dan Amerika Syarikat (AS) akan membantu menjana pertumbuhan perdagangan kedua-dua negara, selain kondusif bagi pemulihan ekonomi dunia.

"Trend kerjasama antarabangsa demi manfaat bersama tidak akan berubah, begitu juga komitmen China untuk memperluas keterbukaan.

"Usaha China mewujudkan kepelbagaian dagangan luar terus dipergiat dan dasar-dasar yang diperkenal bagi memacu perkembangan mantap sektor berkenaan kini semakin menampakkan hasil," katanya dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Video

Berita Berkaitan