Wang Yi Bertemu Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia

(CRI)Rabu 21 Mei 2025
Wang Yi Bertemu Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia

Menteri Luar China Wang Yi bertemu dengan Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan di Beijing pada Selasa.

Wang menyatakan China bersedia bersama Indonesia memperdalam kesalingpercayaan politik, memajukan projek-projek ikonik seperti landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung dan Koridor Ekonomi Komprehensif Serantau, mengukuhkan kerjasama melibatkan marin dan mineral sambil meneroka potensi kerjasama dalam bidang memuncul.

Sementara itu, Luhut berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik Indonesia-China dan ulang tahun ke-70 Persidangan Bandung.

Indonesia berharap dapat merapatkan pertukaran semua peringkat, memperluas bidang kerjasama dan memperkasa pertukaran sosiobudaya dengan China, di samping memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara serta bersama-sama mendorong perpaduan dan kerjasama Selatan Global.

Video

Berita Berkaitan