Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar China, Pakistan, Afghanistan Berhasil

(CRI)Khamis 22 Mei 2025

Mesyuarat tidak rasmi membabitkan Menteri Luar China Wang Yi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar dan Pemangku Menteri Luar Afghanistan Amir Khan Muttaqi berlangsung di Beijing pada Rabu.

Ketiga-tiga pihak mengadakan perbincangan mendalam mengenai usaha mengoptimumkan mekanisme trilateral dan memperkasa kolaborasi yang saling menguntungkan.

Mesyuarat yang dipengerusikan Wang Yi itu menyaksikan tiga negara sepakat untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik dan mengekalkan hubungan baik sesama jiran.

Tiga menteri turut bersetuju untuk mengadakan Dialog Menteri Luar Trilateral China-Afghanistan-Pakistan yang keenam di Kabul dalam masa terdekat.

Menurut Wang, Afghanistan dan Pakistan menzahirkan kesediaan untuk meningkatkan hubungan diplomatik dan mencapai persetujuan secara prinsip mengenai saling penghantaran duta besar.

Antara aspek penting yang berjaya dicapai hasil perbincangan tersebut ialah pemerkasaan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) khususnya mempergiat projek pemanjangan Koridor Ekonomi China-Pakistan hingga sampai ke Afghanistan.

Selain mengulangi pendirian menentang keganasan dalam apa jua bentuk, ketiga-tiga negara juga komited melaksanakan kerjasama dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang serta bersinergi memelihara keamanan dan kestabilan rantau.

Video

Berita Berkaitan