Pelabur Asing Turut Peroleh Manfaat dari Program Tukar Beli di China

(CRI)Sabtu 24 Mei 2025

Menurut data terkini yang diumumkan Kementerian Perdagangan China, jumlah permohonan subsidi di bawah dasar tukar beli kenderaan di negara ini telah melebihi 10 juta sejak dasar itu diperkenalkan pada tahun 2024.

Dalam pada itu, pelabur asing turut memperoleh manfaat daripada dasar itu.

Menurut data statistik, lebih daripada 40 peratus jualan syarikat automotif asing di pasaran China adalah dari program tukar beli, manakala jumlah jualan beberapa jenama peralatan elektrik kegunaan rumah asing juga meningkat lebih daripada 30 peratus sejak awal tahun ini.

Perolehan yang baik itu turut mengukuhkan keyakinan pelabur asing untuk terus berurus niaga di China.

Video

Berita Berkaitan