“Ibu Kota Mainan” China Lengkapkan Taman Permainan Sedunia

Seorang kakitangan memasang produk mainan yang baru dikeluarkan di bilik sampel sebuah syarikat mainan di kaunti Yongjia, provinsi Zhejiang, timur China, 8 Mei 2025. (Xinhua/Jiang Han)

Seorang kakitangan memasang produk mainan yang baru dikeluarkan di bilik sampel sebuah syarikat mainan di kaunti Yongjia, provinsi Zhejiang, timur China, 8 Mei 2025. (Xinhua/Jiang Han)

Gelongsor, buaian, struktur mainan pusat beli-belah, rangka panjat tadika – kesemua kegemaran zaman kanak-kanak ini tergolong dalam kategori yang sama iaitu kemudahan hiburan tanpa kuasa.

Di alam keajaiban kanak-kanak ini, Qiaoxia, sebuah pekan kecil di kaunti Yongjia, provinsi Zhejiang, timur China, telah memantapkan kedudukannya sebagai pusat pengeluaran peralatan taman permainan.

Dengan adanya lebih 1,300 syarikat yang mengilang dan menyokong pengeluaran alat mainan di kawasan seluas 150 kilometer persegi, pekan tersebut menghasilkan 63 peratus kemudahan taman permainan yang tidak menggunakan kuasa.

Tahun-tahun kebelakangan ini, pekan yang dipanggil “ibu kota alat mengajar dan mainan” ini telah mentransformasikan diri melalui inovasi produk dan peluasan rantaian industri, membolehkan hasil keluarannya yang beraneka macam dieksport ke lebih 100 negara dan wilayah.

Industri berkenaan mula bertapak di Qiaoxia pada tahun 1970-an selepas artisan tempatan yang mendapat cetusan inspirasi daripada bahan-bahan mengajar prasekolah mula menghasilkan mainan pendidikan daripada tanah liat putih dan kayu.

“Dengan menggunakan sumber dari lombong kaolin tempatan, penduduk kampung menghasilkan plastisin sebelum membuat pisau kayu dan pemberat sebagai mainan bantu mengajar,” kata Xu Jianbin, ketua biro ekonomi dan teknologi maklumat kaunti Yongjia.

Kemajuan besar tercapai sekitar tahun 1978, apabila seorang pengukir kayu bernama Wu Yuanxi menghasilkan poster pendidikan plastik berdasarkan buku teks tadika, yang menjadi sensasi di seluruh negara.

Pada masa yang sama, China memperkenalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, yang diikuti pertumbuhan ekonomi pesat selama dua dekad, perubahan ketara dalam standard hidup rakyat, serta lonjakan drastik dalam permintaan terhadap mainan.

Satu set kemudahan permainan dipamerkan di dewan pameran sebuah syarikat mainan di kaunti Yongjia, provinsi Zhejiang, timur China, 8 mei 2025. (Xinhua/Jiang Han)

Satu set kemudahan permainan dipamerkan di dewan pameran sebuah syarikat mainan di kaunti Yongjia, provinsi Zhejiang, timur China, 8 mei 2025. (Xinhua/Jiang Han)

Menjelang 1990-an, populariti poster plastik pendidikan, mainan teka-teki kayu, pondok main-main, gelongsor dan kolam bola telah memacu industri mainan kaunti Yongjia. Yang dahulunya bengkel milik keluarga, kini sudah ditransformasikan kepada syarikat profesional.

Kaiqi Group, pengeluar mainan terkemuka yang diasaskan pada 1995, antara syarikat terawal di China yang mengintegrasikan pengeluaran dan R&D peralatan taman permainan.

“Pada masa itu, syarikat serupa di luar negara menghasilkan produk yang kualitinya lebih tinggi, menimbulkan keperluan untuk menaik taraf acuan kami,” jelas Hu Zhang, timbalan pengurus besar kumpulan itu.

Pelaburan mereka berbaloi. Di satu pameran antarabangsa pada 2012, produk mereka mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelanggan asing.

Selain meningkatkan kualiti produk dan mempelbagaikan jenisnya, syarikat mainan tempatan turut menginovasi model perniagaan masing-masing.

Bermula dengan trampolin, Liben Group Corporation kemudiannya meneroka pengeluaran peralatan hiburan tanpa kuasa yang tersuai, begitu juga kemudahan taman tema kanak-kanak dan peralatan kesihatan luar. Baru-baru ini, syarikat itu telah membuka tujuh venue hiburan dalam di bandar-bandar seperti Shenyang dan Changchun, dengan menawarkan segala perkhidmatan daripada rekaan hinggalah operasi.

“Model baharu ini menjana pertumbuhan sambil membolehkan pengoptimuman produk menerusi maklum balas langsung daripada pelanggan,” ujar Miao Xiangpeng, timbalan pengurus besar syarikat.

Selepas perkembangan hampir 50 tahun, Qiaoxia telah membentuk sebuah ekosistem perindustrian yang terselaras. Sebanyak enam syarikat gergasi yang masing-masing mengaut hasil tahunan lebih 100 juta yuan berpangkalan di sini.

Laporan kerja kerajaan yang diumumkan pada Mac lalu menyebut bahawa China akan mempercepat usaha untuk mendorong perkembangan ekonomi peringkat kaunti.

Dipacu oleh industri pengeluaran mainannya, kaunti Yongjia pada tahun lepas merekodkan output perindustrian berjumlah 4.74 bilion yuan daripada 60 syarikat melebihi saiz yang ditetapkan oleh sektor, iaitu 8 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

Syarikat yang diklasifikasikan sebagai melebihi saiz merujuk kepada mana-mana yang hasil perniagaan utamanya mencecah sekurang-kurangnya 20 juta yuan setahun.

Video

Berita Berkaitan