Presiden Xi Ucap Takziah Atas Pemergian Bekas Presiden Vietnam

(CRI)Ahad 25 Mei 2025

Presiden China Xi Jinping menzahirkan rasa dukacita kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam, dan Presiden Vietnam Luong Cuong pada Sabtu, atas pemergian bekas presiden Vietnam Tran Duc Luong.

Selain itu, Xi juga mewakili Parti Komunis China, serta kerajaan dan rakyat China mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Xi menyatakan bahawa Tran Duc Luong merupakan pemimpin cemerlang parti dan negara Vietnam dan beliau telah memberikan sumbangan penting kepada pembangunan negara Vietnam.

Xi percaya bahawa di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam yang diketuai To Lam, Vietnam pasti akan menempuh saat yang mendukacitakan ini dan terus melakar pencapaian baharu dalam usaha pembinaan sosialisme.

Video

Berita Berkaitan