- Lain-lain
China, Indonesia Eratkan Kerjasama Tumpukan Projek Ikonik
China bersedia bersama Indonesia meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, dan menumpukan kepada kerjasama yang berkualiti dan projek ikonik di bawah "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI). Sementara itu, kedua-dua pihak perlu meningkatkan kesalinghubungan dalam pasaran dan kerjasama perindustrian, terus memudahkan pelaburan dan perdagangan, meneroka potensi kerjasama dalam bidang kewangan, sumber tenaga baharu, ekonomi digital, Kecerdasan Buatan (AI), aeroangkasa dan maritim.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang dalam pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo di Istana Kepresidenan di sini pada pagi semalam waktu tempatan.
Menurut Li, China bersedia untuk merancakkan pertukaran sosiobudaya dengan Indonesia, memudahkan mobiliti keanggotaan, meningkatkan kerjasama dalam sektor hidup rakyat termasuk pembasmian kemiskinan dan kesihatan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
"Amalan unilateralisme dan proteksionisme yang semakin berleluasa di arena antarabangsa kini sudah menjejaskan tata tertib ekonomi dan perdagangan antarabangsa secara serius. Sehubungan itu, China bersedia bersama-sama negara-negara membangun termasuk Indonesia untuk memartabatkan Lima Prinsip Hidup Berdampingan secara Damai dan Semangat Bandung, memperincikan pelaksanaan tiga Inisiatif Global, mempertahankan amalan multilateralisme dan perdagangan bebas, mendorong pembentukan multipolar dunia yang setara dan teratur dan globalisasi ekonomi yang inklusif serta bernilaikan universal, melindungi kepentingan milik bersama dan memajukan pembangunan keamanan dan kestabilan serantau dan dunia," kata Li.
Sementara itu, Prabowo menyatakan bahwa tahun ini ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara. Indonesia bersedia untuk mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif dengan China, mendorong pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib Indonesia-China di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang pertanian dan ekonomi hijau.
"Saya mengalu-alukan pelaburan syarikat China di Indonesia. Selain itu, Indonesia juga bersedia bersama-sama China untuk melaksanakan kata sepakat tentang penerokaan bersama dalam bidang maritim, dan mendorong rundingan melibatkan "Kod Tata Laku di Laut China Selatan" (COC) yang bertujuan melindungi keamanan dan kestabilan di perairan terbabit.
"Indonesia berharap agar bersama dengan China menambahkan komunikasi dan koordinasi dalam menangani urusan multilateral, tidak berganjak dari mengamalkan multilateralisme, menentang amalan proteksionisme dan melindungi kepentingan bersama milik negara-negara membangun," kata Prabowo.
- PM Li Qiang Bakal Lawat Indonesia dan Hadir Sidang Kemuncak ASEAN-China-GCC
- China, Indonesia Model Hubungan Saling Untung
- Wang Yi Bertemu Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia
- Semarang Mohon Anggotai CAMSR
- Zhang Youxia, Dong Jun Terima Kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia di Beijing
- China, Indonesia Adakan Mesyuarat Pertama Mekanisme Dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan
- Naib Presiden China Terima Kunjungan Menteri Luar Indonesia
- Majlis Ulang Tahun Ke-75 Hubungan Diplomatik China-Indonesia Diadakan di Bejing
- China, Indonesia Anjur Mesyuarat Mekanisme Dialog '2+2' Isnin Depan
- Xi, Prabowo Bertukar Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik China-Indonesia