China Komited Bantu Rakyat Afrika Tingkatkan Kerelevanan dalam Pembangunan

(CRI)Selasa 27 Mei 2025
China Komited Bantu Rakyat Afrika Tingkatkan Kerelevanan dalam Pembangunan

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 Forum Kerjasama China-Afrika yang disifatkan sebagai satu lonjakan besar dalam perkembangan hubungan bilateral. China bersedia memanfaatkan momentum terbabit, mempergiat pelaksanaan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak, menyasarkan pembangunan yang berkualiti di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), berusaha menjayakan pelbagai projek ikonik dalam kerangka Inisiatif Pembangunan Global (GDI), membantu rakyat Afrika meningkatkan kerelevanan dan keterujaan dalam usaha memperjuangkan matlamat modenisasi.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu mesra dengan duta besar dan kuasa usaha sementara dari lebih 50 buah negara Afrika serta wakil Kesatuan Afrika (AU) di sini pada Isnin, bagi meraikan "Hari Afrika".

"Kami sentiasa menyokong pendirian adil yang dipegang negara Afrika, mengambil tindakan yang tulen membantu negara Afrika memperbaiki layanan yang tidak adil yang dialami benua berkenaan dalam sejarah silam, dan menyokong peranan yang lebih besar dimainkan Afrika dalam masyarakat antarabangsa," katanya lagi.

Sementara itu, duta-duta berkenaan menyatakan bahawa Afrika sangat teruja terhadap pelbagai dasar berhubung urusan Afrika yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping termasuk siri inisiatif global dan "misi sepuluh rakan", berkeyakinan terhadap kolaborasi terbabit, dan bersedia mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sepanjang masa Afrika-China pada era baharu.

"Afrika konsisten dalam mempertahankan prinsip Satu China, menyokong semua usaha China membela kedaulatan negara dan memperjuangkan matlamat penyatuan tanah air, menentang campur tangan kuasa luar terhadap hal ehwal dalaman China, giat mempertahankan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan menjaga kepentingan bersama milik negara-negara Selatan Global," tambah mereka.

Video

Berita Berkaitan