Anwar Puji Peranan China dalam Pembangunan Serantau

(CRI)Rabu 28 Mei 2025

Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China membawa makna yang signifikan kerana menandakan kerjasama serantau memasuki fasa baharu.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian sidang kemuncak itu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Anwar berkata terdapat potensi kerjasama luas antara ASEAN, China dan negara-negara Teluk yang mempunyai populasi melebihi 2.1 bilion dan agregat ekonomi sebanyak hampir USD 25 trilion (RM106.25 trilion).

Beliau turut memuji peranan konstruktif yang dimainkan China dalam pembangunan serantau dan menyifatkan negara Tembok Besar sebagai rakan kerjasama yang boleh dipercayai bagi ASEAN.

Selain itu, beliau menyeru semua pihak terlibat agar bersama-sama menggerakkan kerjasama yang bertaraf lebih tinggi, di samping mendukung multilateralisme dan pertumbuhan inklusif.

Video

Berita Berkaitan